Elle Fanning Membintangi Kempen Tema Pantai SS17 Miu Miu
Kempen SS17 Miu Miu
Kempen terbaru oleh Miu Miu pasti akan membuatkan sesiapa yang melihatnya berhasrat untuk ke pantai juga. Kempen Musim Bunga/Panas ‘17 Miu Miu yang diberi nama “Suddenly Next Summer” itu diambil oleh jurufoto fesyen Alasdair McLellan di pantai California.
Kempen SS17 Miu Miu
Kempen SS17 Miu Miu
Jikalau kempen mereka sebelum ini dibintangi oleh pelakon Amanda Seyfried, kempen Miu Miu kali ini menggunakan tenaga dan aura youth yang terdapat pada Elle Fanning dan juga model-model seperti Karen Elson, Lara Stone, dan Ellen Rosa.
Kempen SS17 Miu Miu
Sambil memakai pakai-pakaian daripada koleksi Musim Bunga/Panas ‘17 Miu Miu, bintang-bintang tersebut tampak sangat tenang dan bersahaja dalam gaya mereka di dalam gambar. Berbaring di atas pasir untuk berjemur, menyelam dalam air, dan beristirehat di atas kerusi sandar.