Dior Cruise 2021 Beri Tabik Fesyen Pada Puglia - Glam Malaysia
dior cruise 2021

Dior Cruise 2021 Beri Tabik Fesyen Pada Puglia

Persembahan koleksi Dior Cruise 2021 terbang ke Puglia. Ruang lapangan Piazza Del Duomo menyaksikan himpunan arahan kreatif Maria Grazia Chiuri dengan instalasi lampu-lampu terang menghiasi ruang. Kisah kehidupan sewaktu kecil Grazia Chiuri dihidupkan melalui himpunan yang mengagungkan teknik artisan asal Puglia. Tidak ada yang menghalang Dior untuk terus menjulang koleksi cruise mereka merentas sempadan. Biarpun pertunjukan ini dibuat secara tertutup, namun masih disaksikan orang lokal yang lihat secara langsung daripada balkoni peribadi masing-masing. Serta ada 20 juta yang melihat secara langsung daripada skrin komputer.

Koleksi Pra-Musim Bunga Dior 2021

Maria Grazia Chiuri, Pengarah Artistik Dior menyelam lebih jauh untuk menghargai setiap seni kreativiti Puglia. Sebagai contoh adalah seni renda Tombolo yakni menjadi kebanggan masyarakat Puglia dan dihasilkan oleh Marilena Sparacsi. Dior menjemput Pietro Ruffo untuk menghasilkan seni renda bunga yang diadaptasikan daripada ilustrasi lakaran Giovanni Battista Ferrari pada 1638. Cetusan lakaran ini dizahirkan kepada rekaan gaun Miss Dior yang pertama kali diperkenalkan oleh mendiang Christian Dior pada 1949.

See also
Tiga Nota Penting Daripada Koleksi Coach Fall 2022

Tidak hanya pada penggunaan fabtik renda lokal. Dior juga memilih untuk berkerjasama dengan pasangan adik beradik lokal yang menerajui Le Constantine Foundation. Mereka adalah Giulia dan Lucia Starace dan menghasilkan fabrik tenunan. Maria Grazia Chiuri menggunakannya pada penghasilan jaket bar ikonik di Dior cruise 2021.

Cruise Dior 2021
Set oleh Marinella Senatore dan Fratelli Paris buat Dior

meraikan Puglia juga adalah merayakan seni lampu kota itu. Terkenal dengan festival lampu, Luminarie, ruangan Piazza De Duommo itu bertukar wajah dengan kerlipan lampu-lampu menghiasi bangunan bersejarah. Pengkarya seni lampu, Marinella Senatore diberikan tugasan oleh Dior untuk mereka set ini. Lebih 30,000 butir lampu digunakan untuk memberi kesan magik pada set Dior. Senotre juga meminjam kreativiti seni lokal, Fratelli Paris untuk penghasilan seni lampu bersama.