Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

PERKAHWINAN ADALAH PENYATUAN ANTARA DUA CINTA UNTUK BERSATU. SUDAH TENTU, SETIAP PASANGAN MENGIMPIKAN PERKAHWINAN IDAMAN. JALINAN ROMANTIS MENUJU ALAM PERKAHWINAN BERTAMBAH SERI DENGAN KREASI INDAH LAGI VERSATIL “FLEURIT” CIPTAAN DIAMOND & PLATINUM KOLABORASI BERSAMA PEREKA FESYEN LOKAL, NURITA HARITH. 

Diamond & Platinum dan Nurita Harith; dua jenama yang cukup akrab dengan pernikahan. Diamond & Platinum, tentu sahaja menjadi jenama pilihan bakal pengantin dalam mencari koleksi perhiasan diri menawan. Manakala, Nurita Harith, jenama fesyen lokal yang tak dinafikan lagi koleksi busana perkahwinannya menjadi pujaan kebanyakan wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan. 

Bermula dari solekan dan busana yang dipilih, pengantin pasti ingin dilihat menyerlah di hari bahagia. Menyarung barang kemas berlian menzahirkan lagi seri berdaya pikat magis. Oleh itu, buat julung kalinya, kedua-dua jenama tersebut menyatu dalam menghasilkan himpunan berlian dan perhiasan diri terkini dedikasi perkahwinan “Fleurit”. Khususnya bakal pengantin perempuan yang akan meraikan hari terindah dalam hidup mereka. 

Koleksi ini merupakan satu kesatuan antara ‘craftsmanship’ tak tertandingi, rekaan penuh keberanian yang berangkat dari DNA Diamond & Platinum dalam menyatukan keindahan dan kesempurnaan ke dalam perhiasan. Menyandang visi kreatif Nurita Harith sendiri, koleksi ini terdiri dari tujuh citra mahakarya perhiasan yang disematkan bebatuan berlian asli. Ilham perkahwinan memiliki peranan di koleksi ini. Kemegahan cinta sekaligus wanita pemberani menyuntik inspirasi utama. 

Inspirasi keindahan rekaan dan bebatuan menghiasi perhiasan "Fleurit" menambat semangat dan keanggunan dari sekeliling, yang diperkirakan dapat menaikkan seri bakal pengantin. 

Mengetengahkan aliran gaya semula jadi, rangkaian perhiasan ini yang tak terduga reka bentuknya dan merefleksi kekuatan dan keperkasaan wanita dari pelbagai aspek. Boleh dikatakan sebagai tribute kepada keindahan dan kesempurnaan tiada tara. Nyatanya, direka buat bakal pengantin dari pelbagai karakter, yang tujuannya hanyalah satu yakni tampak anggun dan berseri saatnya menuju alam rumah tangga.

Berikut perhiasan yang terdapat di koleksi “Fleurit".

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

AKSEN MEWAH, CINCIN BERLIAN WISHFUL FLOURISH

Cincin berlian Wishful Flourish

Cincin berlian Wishful Flourish pula tampak distingtif dek kerana infusi 18 batuan berlian berkilau, lalu reka bentuknya mewakili energi berkarakter melalui sarungan cincin. Diperbuat daripada emas putih 18 karat, didaulat lebih sederhana dengan sudut yang tegas. Yang mana bahagian tengah cincin berbentuk buah pir-merefleksikan kronologi perjalanan seorang bakal pengantin dalam menuju alam perkahwinan yang banyak cabangnya. Memiliki detail khas bujur yang bergabung dengan estetika seni rekaan Diamond & Platinum dan Nurita Harith yang megah.