Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

PERKAHWINAN ADALAH PENYATUAN ANTARA DUA CINTA UNTUK BERSATU. SUDAH TENTU, SETIAP PASANGAN MENGIMPIKAN PERKAHWINAN IDAMAN. JALINAN ROMANTIS MENUJU ALAM PERKAHWINAN BERTAMBAH SERI DENGAN KREASI INDAH LAGI VERSATIL “FLEURIT” CIPTAAN DIAMOND & PLATINUM KOLABORASI BERSAMA PEREKA FESYEN LOKAL, NURITA HARITH. 

Diamond & Platinum dan Nurita Harith; dua jenama yang cukup akrab dengan pernikahan. Diamond & Platinum, tentu sahaja menjadi jenama pilihan bakal pengantin dalam mencari koleksi perhiasan diri menawan. Manakala, Nurita Harith, jenama fesyen lokal yang tak dinafikan lagi koleksi busana perkahwinannya menjadi pujaan kebanyakan wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan. 

Bermula dari solekan dan busana yang dipilih, pengantin pasti ingin dilihat menyerlah di hari bahagia. Menyarung barang kemas berlian menzahirkan lagi seri berdaya pikat magis. Oleh itu, buat julung kalinya, kedua-dua jenama tersebut menyatu dalam menghasilkan himpunan berlian dan perhiasan diri terkini dedikasi perkahwinan “Fleurit”. Khususnya bakal pengantin perempuan yang akan meraikan hari terindah dalam hidup mereka. 

Koleksi ini merupakan satu kesatuan antara ‘craftsmanship’ tak tertandingi, rekaan penuh keberanian yang berangkat dari DNA Diamond & Platinum dalam menyatukan keindahan dan kesempurnaan ke dalam perhiasan. Menyandang visi kreatif Nurita Harith sendiri, koleksi ini terdiri dari tujuh citra mahakarya perhiasan yang disematkan bebatuan berlian asli. Ilham perkahwinan memiliki peranan di koleksi ini. Kemegahan cinta sekaligus wanita pemberani menyuntik inspirasi utama. 

Inspirasi keindahan rekaan dan bebatuan menghiasi perhiasan "Fleurit" menambat semangat dan keanggunan dari sekeliling, yang diperkirakan dapat menaikkan seri bakal pengantin. 

Mengetengahkan aliran gaya semula jadi, rangkaian perhiasan ini yang tak terduga reka bentuknya dan merefleksi kekuatan dan keperkasaan wanita dari pelbagai aspek. Boleh dikatakan sebagai tribute kepada keindahan dan kesempurnaan tiada tara. Nyatanya, direka buat bakal pengantin dari pelbagai karakter, yang tujuannya hanyalah satu yakni tampak anggun dan berseri saatnya menuju alam rumah tangga.

Berikut perhiasan yang terdapat di koleksi “Fleurit".

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

BERLIAN MAGIS, DIVINE STAR

Rangkaian cincin terkandung akan membuat siapa pun terpana dibuatnya. Dengan mengusung garis desain mewah, cincin berlian Divine Star, dilengkapi berlian Forevermark solitaire 0.7 karat dan dihiasi 76 tatahan berlian pada jalur berpintalnya berjumlah 0.38 karat. Mengombinasikan perhiasan yang berani, istimewa dan dibuat sepenuh jiwa. Lebih apik, berlian akan tampak bercahaya saatnya berada di bawah pancaran cahaya. 

Cincin berlian Divine Star

Seterusnya, cincin berlian Entwined Destiny Half Eternity, menginjeksi desain yang megah sekaligus artistik. Unsur eksentrik, kemewahan dan pesona yang asyik diserlahkan dengan emas putih 18K, motif berpintal yang sepadan dengan cincin berlian Divine Star ukuran separuh. Padanan sempurna susunan cincin untuk Divine Star atau dipakai secara berasingan kerana tumpuan bahagian tengahnya, membukti cincin berlian Entwined Destiny Half Eternity adalah permata jari yang unggul. Dibaluti 57 keping berlian bulat berjumlah 0.33 karat, terjamin kilauannya, sama ada disarung berlapis atau dengan begitu sahaja. Dedikasi bakal pengantin yang mahu didampingi berlian mewah. Atau bertindak pelengkap stail harian.

Cincin berlian Entwined Destiny Half Eternity

Satu lagi rekaan yang menjadi pilihan GLAM, cincin berlian Garland. Cincin berlian eksklusif dan reka bentuk tersendiri, inspirasinya terletak pada bayangan indah. Bayangan taman indah yang berkelip-kelip di bawah pancaran matahari, titisan embun yang menggantung dari dedaunan hijau, ditemani pemandangan indah bunga-bunga-membentuk penceritaan rekaan ini. Lalu, membentuk pesona pada rekaan cincin ini. Dengan 34 susunan berlian bulat berjumlah 0.27 karat, ia lantas menonjolkan kontra antara komposisi berlian sehingga dapat menciptakan efek kilau yang megah dan elegan, saatnya menghiasi jari bakal pengantin perempuan. 

Cincin berlian Garland