Dewi-dewi Grik Berjalan Untuk Koleksi Adi Busana Valentino - Glam Malaysia

Dewi-dewi Grik Berjalan Untuk Koleksi Adi Busana Valentino

Sebagai pertunjukan solo pertamanya selepas Maria Grazia Chiuri berhijrah ke Dior, Pierpaolo Piccioli menggunakan peluang ini untuk menandakan permulaan baru baginya dengan tema ‘mimpi’ yang agak ketara dalam koleksi Valentino untuk Minggu Adi Busana tahun ini.

 

Adi busana Valentino yang kebiasaannya dipenuhi dengan corak dramatik dan siluet serta struktur yang membuatkan model-model yang memperagakan busana mereka kelihatan seperti pahlawan-pahlawan yang penuh karisma dan tenaga.

 

[envira-gallery id=”61242″]

“Mimpi membuatkan kita manusia; mimpi mampu mencari siapa kita yang sebenar dalam diri kita sendiri,” terang Pierpaolo yang telah mengetengahkan tema mimpi untuk koleksi ini.

 

[envira-gallery id=”61236″]

Selain itu, Pierpaolo juga mendapat inspirasi untuk koleksi ini daripada legenda dan mitos Grik.

 

[envira-gallery id=”61237″]

Busana-busana rekaan Pierpaolo untuk musim ini penuh dengan siluet yang anggun dan lembut yang membuatkan setiap gaun yang dikenakan beralun ibarat berjalan atas air  dan memberikan kesan mimpi dan kelihatan seperti dewi-dewi Grik. Setiap ceraian dalam koleksi ini juga mempunyai satu ciri ketara di mana semuanya adalah loose fitting.

See also
UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan

 

[envira-gallery id=”61238″]

Perincian yang diterapkan ke dalam koleksi ini juga bermain dengan elemen mimpi untuk memberikan efek magikal dan dreamy kepada setiap ceraian koleksi adi busana ini.