Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini
Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini

Devil Wears Prada Akan Kembali, Jom Imbas Momen Ikonik Filem Fesyen Ini!

Filem dengan gaya fesyen yang ikonik, Devil Wears Prada, dikhabarkan akan kembali dengan sekuel terbaru!

Filem yang menjadi kegemaran peminat fesyen ini diinspirasikan oleh novel hangat Lauren Weisberger pada tahun 2006. Bagaimanapun, tahukah anda, pelakon utama filem itu Anne Hathaway tidak begitu setuju dan lebih suka jika filem itu dikekalkan sebagai satu filem, tanpa sebarang sekuel? 

Filem Devil Wears Prada menceritakan tentang Andy Sachs, seorang pelajar jurusan kewartawanan yang menjadi pembantu peribadi kepada Miranda Priesly di syarikat majalah fesyen, Runway. Titik utama filem ini ialah pada gaya fesyen Andy yang berubah selepas dia bekerja disitu. GLAM akan berkongsi 10 gaya fesyen dari filem Devil Wears Prada yang ikonik. 

Busana Karakter Utama Menjadi Simbol Fesyen 

Simbol utama filem ini ialah busana yang digayakan oleh pelakon-pelakon di dalam filem ini. Watak-watak utama filem ini mengenakan pelbagai jenis jenama seperti Chanel, Jimmy Choo, Calvin Klein, Ralph Lauren dan banyak lagi.

  • Gaun Gala Hitam

Gaun gala berona hitam yang digayakan oleh tiga wanita utama filem ini Miranda, Andy dan Emily menjadi tumpuan ramai dalam filem ini. Watak utama Andy mengenakan busana vintaj daripada Christian Dior rekaan John Galliano pada tahun 2005. Gaun hitam yang menonjolkan kecantikan bahu Miranda Priestly pula direka khas oleh Valentino. Emily juga mengayakan gaun dari Valentino yang menunjukkan sosok badannya yang anggun. 

Devil Wears Prada

Andy, Miranda dan Emily Pada Malam Gala Runway. 20th Century Fox

  • Rona Ungu Miranda Priestly 

Gaun berona ungu yang digayakan dengan cincin zamrud dan anting-anting mempesona menunjukkan gaya elegan dan mewah Miranda. 

Devil Wears Prada

Gaya Elegan Miranda. 20th Century Fox

  • Busana Makeover Chanel

Andy kelihatan banyak menggayakan busana dari Chanel kerana Patricia Field, pereka kostum filem ini berkata bahawa Anne Hathaway memberi aura Chanel girl.  Busana dari Chanel yang digayakan oleh Andy selepas makeovernya juga menjadi bualan ramai, dan memberi vibe Y2K. Rantai layer dan topi tweed dari Chanel juga menaikkan lagi gaya Andy di dalam filem ini. 

Devil Wears Prada

Busana Chanel ‘Head-To-Toe’ Andy. Everett Collection

Devil Wears Prada

Rantai Layer Chanel dan Topi Tweed Gaya Ikonik Andy. 20th Century Fox

Tas Tangan Unik

“Sekali lagi, saya ingin mendapatkan sesuatu yang original yang belum pernah kita lihat sebelumnya, sesuatu yang sedikit unik dan aneh.” ujar Field tentang gabungan antara tas tangan dan tote bag segi empat tepat digayakan oleh Andy dalam salah satu babaknya.  

Devil Wears Prada

Tas Tangan Unik Andy. Pinterest

Petikan Ikonik Dari Filem Devil Wears Prada 

Selain daripada gaya fesyen yang ikonik, filem Devil Wears Prada juga terkenal dengan petikan yang ikonik terutamanya watak yang dilakonkan oleh Meryl Streep, Miranda Priestly. “That’s all,” ialah ayat yang sering digunakan Miranda apabila selesai memberi tugasan kepada pekerja-pekerjanya. “Please, bore someone else with your questions.” juga salah satu petikan terkenal ketika Miranda menyuruh Andy untuk mengambil skirt dari Calvin Klein. 

Devil Wears Prada

Andy Dengan ‘Hideous Skirt’nya. Pinterest

Ketika babak Andy datang ke pejabat Runway sebelum makeover nya, Emily berkata “I’m sorry, do you have some prior commitment? Some hideous skirt convention you have to go to?” untuk menyatakan bahawa skirt yang dipakai Andy itu tidak fashionable. Miranda Prestley mengeluarkan pelbagai ayat ikonik di dalam filem itu. “Oh, Don’t Be Ridiculous, Andrea. Everybody Wants This. Everybody Wants To Be Us.” merupakan salah satu kegemaran kami menunjukan bahawa pekerjaan Miranda dan Andy merupakan pekerjaan yang diidami orang ramai. 

Devil Wears Prada

“Everybody Wants This. Everybody Wants To Be Us” – Miranda Priestly

Babak-Bapak Ikonik Devil Wears Prada Yang Tidak Dapat Dilupakan

Baju Sejuk Cerulean Andy

Ketika Miranda memilih pakaian untuk edisi majalah Runway, salah seorang pekerja tidak dapat memilih antara dua tali pinggang yang kelihatan sangat serupa. Ini membuat Andy tersenyum, menarik perhatian Miranda, yang kemudian mengajarnya tentang industri fesyen dan baju sejuk Cerulean nya. 

Devil Wears Prada

Andy’s Makeover

Salah satu babak paling ikonik di dalam filem ini adalah ketika Andy muncul dalam pakaian Chanel nya pada satu hari di pejabat Runway. Sebagai seorang pekerja di majalah fesyen terbesar, Andy hanya inginkan pekerjaan itu untuk pengalaman sebelum mengejar kerjaya sebagai wartawan.

Sold Your Soul, Jimmy Choo

“You sold your soul to the devil when you put on your first pair of Jimmy Choos, I saw it.” ujar Emily kepada  Andy selepas kemalangannya yang menyebabkan peluang Emily untuk ke Paris semakin tipis. 

Manuskrip Harry Potter Yang Belum Diterbitkan

Selepas bertekad untuk melakukan yang terbaik sebagai pembantu Miranda, Andy melakukan segalanya untuk mengambil hati Miranda. Mengetahui hal ini, Miranda memberikan Andy segala tugas yang luar biasa, salah satunya adalah untuk mendapatkan naskah Harry Potter yang, perhatikanlah, belum diterbitkan, untuk kembarnya. Andy berjaya menyelesaikan semua tugasan diberi oleh Miranda.