DeGem’s DNA Collection, Perhiasan Artistik Nan Menawan - Glam Malaysia
DeGem’s DNA Collection, Perhiasan Artistik yang Menawan

DeGem’s DNA Collection, Perhiasan Artistik Nan Menawan

DEGEM MUNCULKAN KOLEKSI DNA SEMPENA KEDATANGAN MUSIM BAHARU. SATU KOLEKSI BARANG KEMAS YANG MENGULUNGKAN KESENIAN DALAM PENCIPTAANNYA, DEMI MENGGELORAKAN KEMEWAHAN DALAM PENAMPILAN.

Terokai koleksi DNA, keluaran DeGem-perhiasan berlian futuristik yang membulatkan keindahan, memanjakan mata sekaligus menuntaskan dambaan akan sebuah koleksi perhiasan yang cantik sekaligus provokatif. Berkilau mewah saat cahaya terpantul pada permukaan berlian yang bertatah. 

Reka bentuk koleksi luar biasa, menyanjungi nilai seni yang tinggi, tak dinafikan bakal menjadi obsesi dan bualan hangat kelompok pecinta barang kemas, tidak mengira usia. Diilhamkan oleh struktur DNA yang indah, lantas membawa makna tersendiri. Koleksi DNA DeGem merayakan kekuatan dan keindividuan unik yang terdapat dalam diri kita- Empowering You To Be You, The One And Only You.

DeGem DNA
Set anting-anting dan rantai koleksi DNA

Koleksi ini menggunakan tampilan emas putih dan rose gold yang berkonstruksi tegas untuk mewujudkan desain yang berlekuk, memberikan kontras estetik dengan potongan dan bentuk berlian yang saling bertentangan. Mengertikan rekaan yang klasik dan berkelas. 

See also
Ines De La Fressange Beri Idea Parisian Pada Uniqlo

Terdapat variasi potongan berlian yang boleh dijadikan pilihan; bulat, ‘baguette’, buah pir dan marquise yakni memiliki bentuk memanjang dengan sisi menggembung dan kedua bahagian hujung. Dedikasi koleksi ini, ia menawarkan set perhiasan yang melengkapi gaya seperti gelang, loket dan cincin, yang mengekspresikan pilihan berlian yang indah saat dipakai, mahupun disentuh.

Proses pembuatan yang mengambil masa berbulan-bulan, adalah untuk memastikan ketelitian diutamakan. Memberikan kesan baru yang fleksibel dengan menggabungkan ragam warisan estetika DeGem melalui rangkaian gelang, loket dan cincin. Turut menampilkan reka bentuk klasik dan off-beat, yang tajam sekaligus halus pabila disentuh. Dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan artisan DeGem yang pakar. 

“Kami gembira dapat melancarkan koleksi DNA sebagai rangkaian terbaru, yang mana dapat menyambung legasi hebat jenama DeGem. Setiap proses yang terlibat adalah satu kepuasan bagi saya dan pasukan saya setelah melihatnya berjaya direalisasikan.”

“Kami berasa gembira dan bangga terhadap hasil dan konsepnya dengan melaksanakannya dengan berjaya di kilang kami. Potongan-potongannya terbukti sebagai statement keindahan dan keselesaan yang jitu,” luah Stephen Choong, CEO DeGem. 

See also
Menggamit Memori, Loewe Bertemu 'Spirited Away’ dalam Satu Koleksi Kapsul

Artikel berkaitan: Francesca Hayward, Her Eight Best Styles Yet