Sarat dengan budaya serta penuh warna, Cuba menjadi ilham Karl Lagerfeld untuk koleksi Chanel Cruise 2017 lantas memilih destinasi eksotik Havana untuk mementaskan koleksi tersebut.
Dijadualkan pada 3 Mei tahun hadapan, kelompok fesyen bakal melalui pengalaman luar biasa dengan semangat Cuba yang penuh daya mempesona.
Tahun ini menyaksikan Lagerfeld membawa kelompok fesyen terbang ke Seoul bagi pentas Chanel Cruise 2016.