Coachella 2023 : Lihat Gaya Menarik Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Coachella 2023

Coachella 2023 : Lihat Gaya Menarik Pilihan GLAM

Minggu pertama Coachella 2023 berlangsung penuh meriah Sabtu dan Ahad yang lalu. Kehadiran BLACKPINK sebagai headliner amat dinantikan semua orang dan BLINKS seluruh dunia. Semua yang hadir ke festival ini tampil penuh bergaya! 

Apabila sebut sahaja tentang festival muzik, pasti semuanya beria untuk tampil bersiap dengan busana pilihan, solekan yang ekstra serta gaya rambut yang menyeronokkan. Tidak kurang di festival Coachella 2023 yang amat dinanti-nantikan semua orang ini. Seronok melihat mereka yang hadir tampil penuh bergaya. Dan daripada sini jugalah pelbagai trend kecantikan boleh terhasil juga! Acara festival muzik tahunan gilang-gemilang ini turut menampilkan Bad Bunny, Frank Ocean, The Kid Laroi, Charli XCX, Rosalia dan ramai lagi. Selebriti tanah air seperti Christinna Kuan dan Jestinna Kuan turut kelihatan berada di festival itu.

Berlangsung di Indio, California, pentas Coachella 2023 ini menyaksikan BLACKPINK, kumpulan pop dari Korea Selatan, mencuri tumpuan mereka yang hadir. Memberikan persembahan berserta koreografi penuh bertenaga mengenakan tiga persalinan sepanjang persembahan. Kumpulan ikonik Blondie turut tampil dengan persalinan fun ala bola disko terutama sekali vokalisnya, Debbie Harry, yang tampil penuh kemilau dengan pantulan cermin di bajunya. Mereka ternyata memberikan persembahan yang cukup bertenaga.

See also
5 Gaya Rambut Y2K Jennie BLACKPINK Boleh Anda Cuba

Coachella 2023 : Intip Gaya Meriah Pilihan GLAM

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sarah Talabi dan Leah Marie Talabi

Gambar: Getty Images