Citarasa Fesyen Melania Trump Tidak Mengecewakan - Page 12 of 15 - Glam Malaysia

Citarasa Fesyen Melania Trump Tidak Mengecewakan

Pelantikan Presiden Donald Trump sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat mendapat tentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat Amerika, malah daripada masyarakat global juga. Hal ini menyebabkan isterinya Melania Trump terkena tempiasnya sekali.

 

Tentangan paling nyata terhadap Melania adalah apabila nama-nama besar industri fesyen membuat keputusan untuk menolak tawaran menggayakan FLOTUS dengan rekaan mereka.

 

Walaupun di”boikot” oleh pereka-pereka seperti Zac Posen, Christian Siriano, Marc Jacobs, Sophie Theallet, Phillip Lim, dan Naeem Khan, honest to god, tidak dapat dinafikan yang stail Melania semenjak suaminya dilantik sebagai Presiden, tidak pernah lagi mengecewakan.

 

GLAM menampilkan our favourite looks oleh FLOTUS Melania Trump.

12 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Gaston De Cardenas/AFP/Getty Images

Sewaktu membuat lawatan ke Morikami Museum dan Japanese Gardens di Delray Beach bersama Akie Abe, isteri Perdana Menteri Jepun, Melania mengenakan dress putih rekaan Calvin Klein yang dipadankan dengan kardigan cashmere.