Chopard Loves Cinema Bersama Scha & Awal

Chopard Loves Cinema Diraikan Bersama Scha Alyahya & Awal Ashaari

Pasangan bijak fesyen, Scha Alyahya dan Awal Ashaari menzahirkan gaya glamor Hollywood melalui kempen Chopard Loves Cinema.

Sinema bagaikan satu platform yang mampu membawa penonton ke satu alam yang lain. Ada kisah berfantasi memberi mimpi indah kepada penonton. Atas tiket ini, Chopard mahu terus meraikan sinema dan mereka disebalik pembikinin filem melalui kempen Chopard Loves Cinema. Magik ini ditafsirkan bersama pasangan fesyen dan bintang filem popular, Scha Alyahya serta suami tercinta, Awal Ashaari.

SUBANG DAN JAM TANGAN BERLIAN L’HUERE DU DIAMANT DAN RANTAI BERLIAN BARANG KEMAS TERMEWAH CHOPARD SEMPURNA BUAT AKTRESS, SCHA ALYAHYA. DRESS RIZMAN RUZAINI.

chopard loves cinema

AWAL DENGAN JAM TANGAN ALPINE EAGLE CHRONOGRAPH DAN CINCIN ICE CUBE DI CHOPARD. BAJU BRUNELLO CUCINELLI.

chopard loves cinema

SCHA ALYAHYA MENYARUNGKAN RANTAI BERLOKET, SUBANG DAN CINCIN HAPPY HEARTS FLOWERS DAN AWAL MEMILIH GELANG TANGAN ICE CUBE. SEMUANYA DARIPADA CHOPARD. SCHA BERBAJU PINKO DAN AWAL DALAM BAJU KAIT BRUNELLO CUCINELLI.

chopard loves cinema

SCHA MEMILIH RANTAI BERLOKET DAN SUBANG DALAM BERLIAN BIRU, HIMPUNAN BARANG KEMAS TERMEWAH CHOPARD. DRESS RIZMAN RUZAINI.

Artikel Berkaitan: Aespa Jadi Bintang Baharu Buat Chopard

See also
Gucci Menggunakan Aliens Dalam Kempen Terbaru Mereka