Chateau De Chenonceau Menginspirasi Virginie Viard - Glam Malaysia
Chateau de Chenonceau

Chateau De Chenonceau Menginspirasi Virginie Viard

Chanel mengabadikan Chateau de Chenonceau sebagai sumber idea buat koleksi Metiers d’Art 2020/21. Walaupun dunia masih kelam dengan status pendamik, namun Chanel tetap mekar membawa fantasi mereka. Ia adalah usaha untuk membuktikan kesejahteraan dunia patut diteruskan. Syabas buat Chanel! Lebih membanggakan, lokasi ini adalah satu istana lama yang dahulunya dihuni oleh para bangsawa wanita. Sebab itu jugalah Chateau de Chenonceau ini dikenali dengan Chateau des Dames. Mereka yang dahulu yang pernah menjadikan istana ini sebagai tempat tinggal adalah Diane de Poitiers dan Catherine de Medici.

Melalui istana kurun ke-16 ini, ada kisah yang dilihat hampir sama dengan mendiang Gabrielle Chanel. Virginie Viard, Pengarah Artistik di Chanel berkongsi yang logo dua C jenama itu mungkin saling terinspirasi dengan lambang dua C yang ada di istana ini. Mungkin ada idea yang lahir dari kehidupan de Medici kerana Chanel cukup menyajung tinggi kehebatan bangsawan Itali itu. Dek kerana itu ada persalinan yang dicedok daripada gerobok Catherine de Medici seperti penggunaan renda juga barang perhiasannya.

Chateau De Chenonceau
Chateau De Chenonceau

“Saya cukup teruja dengan perasaan yang asing juga simpati dan masa yang sama menggagumi wanita ynag hidup pada zaman Francios I hingga Louis XIII. Mungkin mereka semua ini cukup hebat, dengan kemegahan yang ringkas serta terus memikul tanggungjawab dengan gah,” petikan daripada nukilan mendiang Gabrielle Chanel yang ditulis olehnya pada 1936.

Chateau de Chenonceau

Mellaui himpunan Metiers d’Art ini jugalah menjadi gelanggang buat Chanel untuk memperkasakan lagi atelier mereka. Kini sudah ada 32 rumah artisan fesyen yang diambil Chanel dengan usaha untuk memelihara dan terus melestarikan seni artisan adibusana. Setiap rumah artisan ini memberikan khidmat paling gah. Seperti Montex yang diamanahkan untuk penghasilan tenunan berinivasi yang menzahirkan idea istana pada rekaan baju. Lalu, digubah seakan permainan block dan mencengkik badan wanita. Lemarie yang cukup popular dikalangan pecinta chanel pula bangga dengan seni teknik kekisi yang disenikan pada perincian bulu atas dress renda.

See also
Bidadari Adi Busana

Pautan Berkenaan: Mimpi Chanel Yang Tidak Berakhir