Chanel Mendedikasikan Koleksi Tas Tangan dan Wangian Untuk Coco Chanel - Glam Malaysia

Chanel Mendedikasikan Koleksi Tas Tangan dan Wangian Untuk Coco Chanel

Chanel bakal melancarkan satu koleksi tas tangan baru dan juga wangian baru yang akan didedikasikan kepada pengasas jenama ikonik ini, Coco Chanel.

 

 

Koleksi tas tangan yang diberi nama “Gabrielle” itu akan dilancarkan pada bulan Mac ini telah membuat debut mereka semasa pertunjukan koleksi musim bunga/panas 2017 pada tahun lalu.

 

Lakaran oleh Karl Lagerfeld

Manakala wangian baru yang akan dikeluarkan selepas 15 tahun juga diberi nama “Gabrielle Chanel”. Wangian ini boleh didapati di butik-butik utama Chanel pada bulan Jun ini sebelum diedarkan ke butik-butiknya yang lain.

 

 

Coco, a.k.a Gabrielle, merupakan salah seorang individu yang membantu menaikkan nama dan taraf industri fesyen wanita dan fesyen sebagai keseluruhan dengan visi dan ideanya.

 

Presiden kepada fesyen Chanel Bruno Pavlovsky turut menyatakan bahawa tahun ini akan menjadi satu tahun yang unik untuk Chanel kerana mereka akan mempromosikan wangian dan juga tas tangan yang merupakan kategori paling penting untuk jenama Chanel.

See also
Trend Kuning Mentega Wajib Cuba Musim Ini: Warna Paling Menggiurkan

 

Selain itu, bahagian jam tangan dan barang kemas Chanel juga akan mengeluarkan koleksi Gabrielle pada tahun ini.

 

Saksikan filem pertama daripada empat yang didedikasikan kepada Coco Chanel, Gabrielle, A rebel at Heart.