Kemenangan terus berpihak kepada pasangan kembar Olsen apabila menjulang trofi Womenswear Designer of the Year Award menerusi label minimalis mereka, The Row, mengalahkan calon lain iaitu Michael Kors, Marc Jacobs, Altuzarra dan Proenza Schouler. Ini merupakan kali kedua label itu mengenggam trofi terbaik selepas kemenangan pada tahun 2012. Majlis yang berlangsung di Lincoln Center, New York itu turut menyaksikan Tom Ford membawa pulang trofi Menswear Designer of the Year manakala pereka kasut, Tabitha Simmons merangkul kategori Accessory Deisgner of the Year. Kelompok fesyen serta selebriti terkenal kesemuanya berkumpul bagi meraikan bakat hebat di industri fesyen Amerika. Lihat suasana di sekitar karpet merah dan majlis.