Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia
salvatore ferragamo

Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo

Salvatore Ferragamo injek rona pop dengan cetusan gaya 80-an buat himpunan cermin mata terkini mereka!

Terkini di gerobok cermin mata Salvatore Ferragamo adalah tujuh cermin mata berona indah serta memberi gaya genderless. Bingkainya direka lebih besar serta diperbuat menggunakan material lut sinar memberikan gaya klasik 80-an yang lebih playfull dan bold! Rona yang ditaruhkan antaranya adalah merah jambu terang, biru pucat dan kuning.

Ia dilancarkan pada Hari Dunia 2022! Selain hadir dalam tujuh warna pelangi, cermin mata ini juga diperbuat daripada bahan kompaun berasaskan tumbuhan. cerminnya pula menggunakan bahan asas tumbuhan daripada kayu sisaan aktiviti pertanian. Cermin mata Multicolor Eyewear Capsule ini hadir dalam kotak istimewa yang diperbuat menggunakan 50% material kitar semula. Ini selari dengan praktis kelestarian alam oleh Salvatore Ferragamo.

Salvatore Ferragamo sentiasa bersifat terbuka dalam melancarkan koleksi berinovasi tinggi. Serta cukup mengambil berat tentang impaknya pada alam sekitar. Maka setiap produk yang dilancarkan perlu menepati komitmen yang telah digarap oleh jenama Florentine ini. Setiapnya dihasilkan dengan teknik berproduksi tinggi serta paduan kraftangan yang bagus.

See also
6 Barang Kemas Ratu Elizabeth II Paling Berharga

salvatore ferragamo

Setiap  cermin mata mempunyai bingkai yang lebih ringan walaupun direka chunky. Sisi bingkai pula ditambah dengan seni imbul Gancini untuk menjadikan koleksi ini sebagai satu item hangat di Salvatore Ferragamo.

Artikel Berkaitan: The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!