Cartier Women's Initiative: 15 Tahun Mengubah Dunia - Glam Malaysia

Cartier Women’s Initiative: 15 Tahun Mengubah Dunia

Sembilan wanita dipilih dalam tiga kategori sebagai pelopor dalam memberi impak positif kepada global melalui Cartier Women’s Initiative  Awards di Dubai.

Bersempena 15 tahun Cartier melancarkan Cartier Women’s Initiative, jenama barang kemas ini membawa sembilan wanita yang tercalon buat tiga kategori ke Dubai. Mereka ini memberi impak yang cukup kuat dalam pembangunan global baik dalam kelangsungan hidup mahupun aspek menjaga alam sekitar. Para sembilan Impact Awardees ini bukan sahaja pendahulu dalam lapangan masing-masing, juga bijak dalam mengukuhkan perniagaan organisasi masing-masing.

Tiga kategori diperkenalkan buat malam penuh brerprestij ini. Cartier memilih tiga cabang ini berdasarkan Sustainable Development Goals yang dikeluarkan oleh The United Nations. Tiga kategori buat Impact Awards adalah Improving Lives, Preserving The Planet dan Creating Opportunities. Setiap wanita perkasa ini terdahulu pernah disenaraikan sebagai penerima Cartier Women’s Initiative.

Tiga pemenang utama adalah Temie Giwa Tubosun (Nigeria) buat kategori Improving Lives yang mana syarikat Lifebank menawarkan servis penghantaran ubat dan darah mengikut data teknologi . Buat Preserving The Planet pula dimenangi oleh Charlotte Wang (China) dengan syarikat EQuota yang menggabungkan artificial inteligence dengan data untuk menawarkan solusi tenaga. Manakala kategori terakhir malam anugerah ini dimenangi oleh Fariel Salahuddin daripada Pakistan buat Creating Opportunities.

See also
The Present is Female

Pautan Berkaitan: Lady Dior Pop-Up Store Di Kuala Lumpur Penuh Seni