Caro chia, Bereksperimen Dengan Seni Arca - Glam Malaysia
caro chia

Caro chia, Bereksperimen Dengan Seni Arca

Malaysia tidak ketandusan bakat fesyen! Caro Chia antara mereka yang saya lihat punyai mata dalam meneruskan legasi fesyen tanah air. Membawa arus fesyen yang lebih bersifat seni, Chia mungkin bermula kecil-kecilan. Tetapi dia sedang giat membina kelompoknya yang unik dan bersifat bijak fesyen. Personaliti klien pula adalah mereka yang berpaksi pada akar yang lebih moden dan punya selera kotemporari.

Bagaimana Caro Chia melihat lapangan fesyen Malaysia?

Pertama saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ia membenarkan saya untuk mempunyai semangat yang lebih bebas juga bersifat kepelbagaian di peringkat global. Tetapi penerimaan fesyen masih sederhana dan hanya menarik segelintir mata. Ambil Caro Chia sebagai contoh dimana ceraian mungkin dilihat sebagai satu ‘Art Pieces’ atau ‘Avant-Garde’, yang mana sukar untuk disarungkan oleh majoriti. Mungkin mempunyai cita rasa yang unik memerlukan kekuatan dan saya bertuah dengan adanya kumpulan minoriti ini. Juga, saya cadangkan untuk melihat fesyen daripada mata seni agar lebih banyak keluaran bersifat original. Dengan adanya hubungan antara dua ini mungkin boleh membuka peluang fesyen Malaysia ke peringkat global.

See also
John Galliano Kembali Beraksi!

Lima patah perkataan menggambarkan jenama ini?

Seni, bereksperimen, intuitif, individuality dan modern.

Momen penting di Caro Chia setakat ini?

Kerana jenama ini lancar ketika pendamik, saya hanya sempat mempersembahkan koleksi graduasi pada London Fashion Week 2019.

Siapakah wanita Caro Chia?

Menjadikan fesyen ini bukan hasil kerja yang mudah, obsess dengan hal lain bukan sahaja menghasilkan rekaan. Sensitif dengan apa ada sekeliling selalu percaya pada kreasi yang ikhlas, akhirnya akan menghargai semangat dan kesungguhan juga keberadaan ini.

CARO CHIA
CARO CHIA

Kongsikan cara menelaah idea buat setiap koleksi?

Saya gemar untuk bereksplorasi dengan artis seperti pengukir kegemaran Barbara Hepworth dan Jean Arp daripada gerakan Dada cukup memberi inspirasi dalam membina visi fesyen melalui seni mereka. Dari situlah saya memahami tentang bentuk, garis arka, permukaan yang raw dan mencetusan idea tenang pada visual. Mungkin bunyinya agak kelainan, tapi saya mahu zahirkan idea seni ini pada badan manusia. Rekaan Caro Chia adalah untuk memperkukuhkan idea moen dan sering bereksperimen dalam penghasilan baju yang non-wearable kepada wearable item. 

See also
COACH EAU DE PARFUM: Terjemahan Atitud Kool & Energi Kota New York

Pautan Berkenaan: CalaQisya, Jenama Merai Fesyen Lebih Sopan