Maya Hawke & Romelu Lukaku Wajah Baru Calvins or Nothing

‘CALVINS OR NOTHING’, Taruhan Wajah Baru, Maya Hawke & Romelu Lukaku

MAYA HAWKE, PELAKON BAHARU YANG MENINGKAT NAIK. ROMELU LUKAKU PULA MERUPAKAN PEMAIN BOLA SEPAK BELGIUM. KEDUA-DUA DISATUKAN DALAM KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBARU ‘CALVINS OR NOTHING’. 

Calvin Klein hari ini melancarkan kempen Calvin Klein Underwear yang dibintangi oleh pelakon dan pemuzik, Maya Hawke, dan pemain bola sepak professional Belgium, Romelu Lukaku. 

'Calvins or Nothing', menaruhkan dua wajah baharu, Maya Hawke & Romelu Lukaku sebagai penghias kempen Calvin Klein Underwear.

Dirakam oleh Grey Sorrenti, kempen ini merakam aksi setiap bintang dalam visual hitam dan putih yang ringkas namun cukup menyerlah. Konsep kebiasaan buat Calvin Klein saban musim menerbitkan kempen. Kempen ini mencerminkan reka bentuk pakaian dalam yang telah dipertingkatkan dan menyemati estetika yang minimal dan memberi impak tersendiri. 

Visual dan video menonjolkan identiti gaya jenama, mempertegaskan faktor sensual melalui aksi dan pergerakan model. Stail kasual dan dipertingkatkan termasuklah Embossed Icon, menampilkan logo dan esen baharu, siluet Modern Cotton yang diinovasikan dari rangkaian klasik.

Bonded Flex memperkenalkan sokongan tanpa wayar dalam material kait yang lancar dan berinovatif, dan CK Black menampilkan gaya minimal pada renda grafik yang menggoda. 

See also
Shweta Sekhon Sarung Busana Kuih Muih Wakili Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2019

'Calvins or Nothing', menaruhkan dua wajah baharu, Maya Hawke & Romelu Lukaku sebagai penghias kempen Calvin Klein Underwear.

Artikel berkaitan: Gaya Jalanan Pilihan di Minggu Fesyen New York