Butiran Pertunjukan Fesyen Victoria's Secret 2016! - Glam Malaysia

Butiran Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret 2016!

Oleh: Aizat Azman Shah

 

 

Counting days!

 

https://www.instagram.com/p/BMPj4kGBBcV/?taken-by=victoriassecret

 

 

Tinggal beberapa hari lagi sebelum acara pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan ramai! Rahsia tentang butiran acara ini disimpan rapi sepanjang tahun namun jika anda mengikuti media sosial dan portal berita, mesti anda perasan bahawa pihak jenama pakaian dalam itu are dropping hints secara ansuran. But if you haven’t been sailing on the boat, GLAM to the rescue! Kami telah mengumpul dan mencantumkan butiran-butiran kecil buat majlis besar ini:

 

 

Tarikh

Siaran langsung pertunjukan fesyen ini akan disiarkan pada 30 November! Tetapi bagi mereka di rumah, siaran rasminya di CBS adalah pada 5 Disember. Are you as excited as we are?

 

 

Tempat

Sebelum ini, majoriti pertunjukan fesyen Victoria’s Secret diadakan di kota New York dan kadang kala di metropolitan terpilih lain seperti London, Miami dan Los Angeles. Akan tetapi, mereka telah bercadang untuk menerbangkan kesemua model jelita mereka ke kota cinta idaman ramai: Paris!

See also
Hasil Seni Unik Gabungan Aras Fesyen?

 

https://www.instagram.com/p/BL8oAhlBuU1/?taken-by=victoriassecret

 

 

Barisan Model

Pencarian model bagi tahun ini tersimpul dengan 54 peragawati yang bakal membuat penampilan di pentas peragaan! Antara wajah baru yang dipilih termasuklah Bella Hadid yang bakal berjalan bersama kakaknya, Gigi Hadid dan beberapa orang lama di dunia peragaan seperti Adriana Lima dan Alessandra Ambrosio.

 

https://www.instagram.com/p/BMrsvwuhVEt/?taken-by=victoriassecret

 

 

Pemakai Fantasy Bra

Bagi Fantasy Bra bertemakan Bright Night ini pula, penghormatan diberi kepada jelitawan Amerika, Jasmine Tookes. Baca lanjut tentang The Bright Night Fantasy Bra di sini.

 

https://www.instagram.com/p/BMB7jU2hAYn/?taken-by=victoriassecret

 

 

Pemuzik Undangan

Tahun ini, hadirin bakal dihiburkan dengan melodi dari Lady Gaga, Bruna Mars dan The Weeknd!

 

Tema Koleksi

Enam koleksi menarik teklah direka oleh VS bagi acara yang dikhabarkan terbesar mereka pernah (atau bakal) adakan! Antaranya ialah ‘The Road Ahead‘, yang menghembuskan nafas pelbagai budaya, ‘Secret Angel‘ yang bernada monokrom dan ‘Pink Nation’ untuk sasaran yang muda dan bertenaga!

See also
True Thinline Colours Jam Tangan Minimal Buat Generasi Baru

 

https://www.instagram.com/p/BM1OWekBTsv/?taken-by=victoriassecret

 

 

Oh! VS juga telah mengeluarkan kilp video bersiri berkenaan pertunjukan fesyen jenama itu tahun ini! Lihat kesemua empat episod di bawah:

 

Episod 1:

https://youtu.be/pmCNHBbrwTo

 

Episod 2:

https://youtu.be/HOP0y9cOKOE

 

 

Episod 3:

https://youtu.be/Xl4s8shykng

 

 

Episod 4:

https://youtu.be/1B9hUG83PBk

 

 

* Sumber: Female