Butik Terbaru Kate Spade Berkonsepkan “Great Escape” Di TRX

Butik Terbaru Kate Spade Berkonsepkan “Great Escape” Di TRX

Acara pembukaan butik terbaru Kate Spade di The Exchange TRX, Kuala Lumpur dihadiri oleh selebriti terkenal Thailand, Force Jiratchapong dan barisan selebriti tempatan seperti Anna Jobling dan Jestinna Kuan.

Kate Spade TRX

Kate Spade New York meraikan pelancaran stor konsep pertamanya di The Exchange TRX Kuala Lumpur, Malaysia. Jenama gaya hidup global tersebut mengadakan majlis pembukaan besar-besaran diikuti dengan afterparty di Teater Aurum. Berinspirasikan konsep “great escape“, butik yang direka bentuk semula itu meraikan DNA ikonik Kate Spade New York dan menawarkan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pelanggan, menyerlahkan pendekatan unik Kate Spade terhadap kegembiraan dan kewanitaan.

Kate Spade Melancarkan Butik Terbaru Bersama Force Jiratchapong Di The Exchange TRX

Kate Spade TRX

Mengambil inspirasi tempat asal jenama itu, persekitaran butik menyerlahkan kehangatan pangsapuri New York City yang eklektik dengan bahagian dalam dihiasi dengan tona kayu, penutup dinding dan aksen emas, menyempurnakan palet rona ikonik Kate Spade. Butik konsep ini menampilkan reka bentuk yang bijak dan berwarna-warni, mencerminkan dedikasi Kate Spade untuk mencipta ruang yang menarik untuk komunitinya.

See also
Perhiasan DeGem Melengkapi Diri Di Bulan Syawal

Force Jiratchapong tampil ke acara pembukaan butik dengan mengenakan noel bomber jacket yang bergaya dan membawa beg silang kecil dakota berona krim, menyerlahkan gaya versatil Kate Spade.

Acara afterparty itu membariskan DJ terkenal Ashley Lau dan DJ Jovynn, bersama tetamu dan selebriti termasuk Anna Jobling, Jestinna Kuan, Yaya Zahir dan Shalma Ainaa. Pawagam telah diubah menjadi ruang acara yang menonjolkan warna hijau ikonik Kate Spade New York dan dihiasi dengan elemen berjenama yang mencerminkan keceriaan dan semangat jenama itu.

Acara pembukaan dan afterparty menandakan permulaan yang berjaya untuk kehadiran Kate Spade New York di The Exchange TRX. Jenama ini terus memikat hati dengan tawaran gaya hidup yang tersendiri dan pembukaan butik itu membuktikan komitmennya untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik dan menggembirakan kepada pelanggan.

Acara perasmian pembukaan butik jenama Kate Spade New York ini telah dihadiri oleh berisan selebriti dan tetamu sosialit, antaranya @annajobling, @shalmaainaa, @eykafarhana, @syamimfarid dan @jestinna.

Dengan acara pembukaan yang meriah, pintu butik konsep pertama Kate Spade di The Exchange TRX kini terbuka untuk pengunjung. Memasuki butik yang direka dengan teliti ini, pengunjung akan disajikan dengan pengalaman membeli-belah yang tak dapat dilupakan. Dari aksesori gaya hidup hingga koleksi pakaian, butik terbaru ini menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan gaya hidup harian mereka. Pembukaan butik terbaru ini sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Kate Spade sebagai jenama yang unggul dan unik.

See also
Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023