Use your ← → (arrow) keys to browse
Ini bukanlah kali pertama Brad menggayakan fesyen kewanitaan. Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah bereksperimen dengan pelbagai gaun untuk penggambaran kulit majalah Rolling Stone pada 1999.
Apabila ditanya mengenai stail kegemarannya pada tahun lalu, pelakon dan penerbit itu memberitahu Esquire bahawa segalanya adalah mengenai keselesaan.
“Semakin berusia, anda menjadi semakin perengus dan keselasaan menjadi keutamaan. Bagi saya ia semudah itu. Saya tidak mahu kelihatan bermegah dengan fesyen, tetapi apabila anda mendekati saya, anda akan perasan dan memahaminya. Jenis fabrik yang menyentuh kulit saya lebih penting. Mengikuti trend adalah sesuatu yang memenatkan buat saya,” katanya.