Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun komuniti LGBTQ+ telah menggayakan persalinan neutral jantina sejak berdekad lalu, semakin ramai selebriti Hollywood mengikuti trend itu beberapa tahun kebelakangan ini.
Sewaktu mempromosi filem Troy pada 2004, Brad turut mengatakan bahawa pemakaian skirt di kalangan lelaki akan menjadi trend.
“Lelaki akan memakai skirt menjelang musim panas akan datang. Itulah ramalan dan proklamasi saya. Filem ini memberi jawapan kepada kedua-dua jantina. Kami mahukan realisme, orang Yunani memakai skirt sepanjang masa suatu ketika dahulu,” ujarnya kepada British Vogue.
Dalam filem tersebut yang berkisar tentang puisi epik Yunani, The Illiad, Brad mengenakan skirt kulit yang membuatkan kulitnya melecet sewaktu penggambaran, akuinya kepada The Sun pada 2020.