Bouchra Jarrar Mengundurkan Diri Daripada Lanvin Selepas 16 Bulan
Selepas 16 bulan berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama Perancis dan dua koleksi, Lanvin, Bouchra Jarrar membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.
Jarra sewaktu pertunjukan terkahirnya untuk Lanvin. Foto: Jonas Gustavsson
Jarrar telah menggantikan tempat Alber Elbaz yang sudah mengemudi House Lanvin selama 14 tahun sebelum meninggalkan jenama tersebut akibat perselisihan faham bersama CEO Lanvin.
Rekaan dan sentuhan Jarrar menampakkan perbezaan yang ketara daripada legasi Elbaz dalam usaha pereka wanita itu untuk membangkitkan semula jenama itu yang sedang menghadapi kemelut kewangan yang merundum.
Foto: Panoramic via ZUMA Press
Menurut BoF, pendapatan tahunan mereka terus berkurangan sepanjang tahun 2016.
Jarrar menyertai House Lanvin tatkala situasi sedang genting kerana beberapa individu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka selepas Elbaz dipecat menyebabkan perpecahan dalam kalangan pekerja di Lanvin.
Dia sendiri pernah berdepan dengan tentangan daripada beberapa individu Lanvin dan mengaku bahawa sukar untuknya bekerja jika dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya.