Bonia Meraikan Pelayaran Ke-50 Tahun Bersama Nayeon TWICE
Baru-baru ini, berlangsungnya acara Bonia 50-Year Voyage di Pavilion Kuala Lumpur, bersempena meraikan ulang tahun jenama ini yang dimeriahkan dengan kehadiran oleh Nayeon TWICE, Yuna dan ramai lagi barisan selebriti!
Bonia dengan suka citanya telah menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun dengan bertemakan “Bonia 50-Year Voyage”. Bagi meraikan majlis ini, label pakaian ini telah melancarkan pop-up experience bertempat di Pavilion KL Centre Court. Acara ini telah menjemput para tetamu seperti media, barisan selebriti, tetamu kehormat dan juga orang awam untuk merasai pengalaman unik bersama Bonia, dengan memulakan 5 Senses Journey di mana pelbagai aktiviti menarik disediakan.
Kemeriahan Bonia 50-Year Voyage Bersama Nayeon TWICE
Acara pop-up eksklusif ini menjadi lebih gemilang dengan kehadiran duta global serta bintang K-POP popular Nayeon yang merupakan ahli daripada kumpulan TWICE. Turut menjadi sorotan utama di acara tersebut adalah perasmian oleh Nayeon dan sekali gus menyambut ulang tahun kelahirannya bersama peminat-peminat yang hadir. Kemeriahan acara ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Sementara itu, buat Koleksi Mampan Ulang Tahun Bonia yang ke-50 pula, ia dipilih sendiri oleh bintang global tersebut. Koleksi ini menampilkan cetakan peta dunia oleh seni reka Bonia. Lantas, dipamerkan pada pelbagai aksesori yang direka dengan teliti, termasuk beg galas, tote dan beg silang. Setiap item mencerminkan dedikasi jenama ini terhadap kemampanan dan inovasi dalam menggunakan bahan mesra alam serta kaedah pengeluaran yang beretika. Koleksi ini bukan sahaja meraikan kekayaan warisan Bonia, malah menekankan komitmennya yang berpandangan jauh terhadap inisiatif kemampanan.
Bonia 50-Year Voyage turut dihadiri oleh barisan selebriti tempatan popular seperti ikon fesyen, Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Azira Shafinaz, ahli Kumpulan Dolla, Yaya Zahir dan ramai lagi bagi memberikan sokongan. Yuna yang juga merupakan salah seorang daripadanya, hadir dan mempersembahkan dua buah lagu yang cukup memukau di acara tersebut. Kemeriahan acara ini lebih mengagumkan dengan ratusan peminat Nayeon yang menggegarkan Pavilion Centre Court Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: 10 Bintang Serikan Kempen La Luna Monogram Bonia