BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia - Glam Malaysia

BLACKPINK Sebagai Duta Glamor Label Dunia

Lupakan gadis Hollywood, atau mereka yang berdarah Peracis kononnya cukup chic menggalas tugas sebagai duta. Kerana, bintang Korea mula mendominasi. Paling diagungkan sekarang adalah empat gadis daripada kumpulan muzik, Blackpink. Tidak dapat kita menolak ombak mereka yang cukup kuat. Lincah di pentas, enak suara didengar dan kini apa yang mereka sarungkan menjadi idaman jutaan peminat. Jenama feysen yang bijak sahaja berjaya mengikat mereka sebagai wajah utama mereka. GLAM kongsikan tugasan Blackpink sebagai duta glamor label dunia.

JENNIE

blackpink

Jennie adalah bintang pertama daripada Blackpink yang diberikan peluang untuk melancarkan lagu solonya. Terus namanya meningkat naik secara keseorangan. Lalu, disambar dahulu oleh Chanel Beauty di Korea dan pada tahun ini dia diangkat menjadi duta global buat Chanel. Dilabel oleh peminatnya sebagai Human Chanel, Jennie adalah bintang yang memahami kehendak Millenial sekarang. Paling terbaru, Jennie dipilih sebagai wajah utama buat kempen Coco Neige dan Coco Crush oleh Chanel.

JISOO

blackpink

Pada awalnya, tugasan Jisoo hanyalah sebagai duta Dior buat negaranya, Korea. Tetapi penangannya cukup kuat apatah lagi dia adalah satu-satunya ahli kumpulan Blackpink yang memang menetap di Korea dan memahami budayanya dengan telus. Maka, teruslah Dior global mengikatnya sebagai duta baharu mereka. Maria Grazia Chiuri menyifatkan yang Jisoo ini memiliki nilai modernity dan semangat kreativiti yang Dior cari selama ini.

LISA

Bermula pada Jun 2019, dimana Lisa dijemput hadir ke acara pertunjukan koleksi lelaki Celine. Setahun kemudiannya, dia terus diangkat menjadi duta pertama Celine dan muse kepada Hedi Slimane. Gadis berdarah Thai ini juga menjadi bintang global buat jenama barang kemas mewah, Bvlgari. Tugasan pertama buat Bvlgari adalah menjadi penyeri kempen koleksi Magnifica, bersama Zendaya.

ROSE

Cinta Rose pada Saint Laurent bukanlah satu yang rahsia. Dia sering menjadi bintang baris hadapan buat pertunjukan rumah fesyen itu. Lantas, membuatkan Anthony Vaccarello menyunting dia sebagai duta global buat Saint Laurent. Ia adalah membuka satu era baharu di Paris dan Saint Laurent. Juga, Rose disunting oleh jenama barang kemas Tiffany & Co. sebagai duta terbaru mereka.

Pautan Berkenaan: Konservatori 13 Tahun Britney Spears Didalangi Oleh Ibu Sendiri