BLACKPINK "Pink Venom" Lengkap Gaya Dramatik! - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
BLACKPINK Pink Venom lengkap gaya dramatik!

BLACKPINK “Pink Venom” Lengkap Gaya Dramatik!

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jika anda rasa ‘Rollercoaster’ fesyen ini sudah berakhir, anda silap! Penampilan menonjol Jennie bersama jersi Manchester United serta dipadankan dengan lapisan rantai mutiara Chanel dan choker Vivienne Westwood, manakala Jisoo pula diberi gaya lebih elegan secara klasik dalam gaun korset putih Marina Eerrie yang menampilkan butiran tali pada skirt  meleret. Pelbagai jenis kasut juga dipertontonkan dalam video ini, daripada kasut kasut tinggi Rick Owens yang dipakai oleh Rosé kepada but getah Chanel setinggi paha Jennie.

Jisoo wears Marina Eerrie and Cartier jewelry.

Apa yang memberi BLACKPINK keajaiban istimewa ialah caranya, setiap ahli kini telah membentuk identiti fesyen tersendiri yang mencerminkan pelbagai personaliti mereka dengan hebat. Dengan penampilan sulung visi gaya paling bombastik mereka dalam “Pink Venom”, nampaknya BLACKPINK sekali lagi berada di kawasan anda (Blackpink in your area) dan muncul dalam gaya yang paling mantap.

Video muzik “Pink Venom” adalah video termahal Blackpink selepas kumpulan ini berehat selama 22 bulan, ini adalah single pra-keluaran album kedua penuh Blackpink Born Pink yang dinanti-nantikan bulan hadapan. Video muzik “Pink Venom” telah mendapat lebih 140 juta tontonan di YouTube, ditambah kira-kira 10 juta suka, sejak ia dilancarkan pada hari Jumaat (19 Ogos).

See also
Beauty Obsession: GLAM x GLAM Lelaki Rebel Youth Party by Coach

Artical berkaitan: BLACKPINK Umum Tarikh dan Lokasi Jelajah Dunia ‘BORN PINK’