Billie Eilish Bintang Baru Gucci Eyewear! - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Billie Eilish membintangi kempen Gucci Eyewear

Billie Eilish Bintang Baru Gucci Eyewear!

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ada kembar Billie Eilish !

Walaupun dia tidak asing dengan Gucci (setelah melihat penampilan meganya menggayakan Gucci untuk Met Gala dan Oscar 2022), ini langsung menandakan penyertaan rasmi pertama Billie sebagai bintang kempen jenama itu. Untuk kempen kaca mata kedua Gucci yang dikeluarkan pada tahun 2022 ini, telah menyaksikan Billie memandu sambil menikmati liku perjalanannya yang penuh tegang. Video kempen ini disunting dengan mainan daripada palet warna terang, komposisi yang tidak seimbang serta pencahayaan yang ekstra persis filem bertemakan perisik Noir-esque. Dalam kempen ini juga dapat disaksikan Billie mengenakan cermin mata hitam jenis caravan, cermin mata merah jambu bentuk cat-eye dan cermin mata hitam bentuk topeng inspirasi gaya 80-an.

Billie Eilish koleksi Gucci Eyewear

Foto: Gucci

Dirakam indah jurugambar Harley Weir di bawah arahan kreatif Alessandro Michele, kempen ini turut disertakan dengan filem yang menyambut anda dengan saspens dan cukup dramatik (satu melibatkan dua Billie Eilish!).

 

Tonton filem kempen di bawah:

See also
Tip Memilih Bikini Sesuai Untuk Bentuk Tubuh Anda!

Ketahui lebih lanjut sekarang di www.gucci.com.

Bacaan seterusnya: Beg Tote Ikonik The Strand Digubah Bottega Veneta