Fenomena Kasut Big Red Boot Ala Astro Boy
Sosial media dibanjiri dengan fenomena kasut Big Red Boot yang berkelihatan seperti kartun Astro Boy dan ramai yang mahu memilikinya!
Jika anda tertanya adakah kasut Big Red Boot ini wujud dan ia item fesyen yang boleh dipakai atau tidak, anda tidak keseorangan. MSCHF Sneakers yang berpangkalan di Brooklyn, New York baru saja melancarkan kasut ini di laman web mereka. Pertama sekali, siapakah pencipta disebalik idea kasut yang unik ini? MSCHF Sneaker ialah penggemar dalam membuat eksperimen terhadap kasut. Mereka secara rasmi menamakan kasut boot ini sebagai “Big Red Boot” dan kasut ini adalah nyata, boleh dipakai dan tersedia untuk dibeli.
Big Red Boot pelik tapi bergaya?
MSCHF yang juga merupakan kolektif seni, sekali lagi menghasilkan kasut yang mencuri perhatian ramai. Kali pertama kasut mereka tular, apabila mereka melancarkan “Satan Shoes” dengan kolaborasi Lil Nas X pada tahun 2021. Pelancaran kasut itu mendapat kritikan kerana mempunyai ink yang bercampur darah manusia di dalam kasut. Namun, kasut tersebut tetap habis dijual pada minit pertama ia dilancarkan! Kali ini, MSCHF menghasilkan pula kasut boot ala-ala animasi Astro Boy, dan ianya menjadi bualan hangat di media sosial. Ramai mengatakan kasut boot tersebut kelihatan pelik dan unik, tetapi tetap bergaya apabila dipakai.
Pengasas MSCHF, Daniel Greenberg mengulaskan, “Big Red boot adalah abstraksi kartun yang khusus bagi kasut. Ianya berfungsi pada prinsip yang sama, di mana ia berbentuk tidak masuk akal dan ringkas dalam menyampaikan idea “BOOT”. Tambahan lagi, tanpa perlu risau banyak tentang butir-butir realisme.” Dijual dengan tag berharga 350 dolar, kasut boot ini dijual di laman web mereka dan ramai cuba untuk memiliki kasut boot yang tular itu.
Menjadi fenomena, Big Red Boot dikatakan kasut boot yang kelihatan unik tetapi bergaya. Ramai influencer memuat naik gambar dan video di laman sosial, memadankan pakaian mereka dengan boot tersebut. Ada juga yang memakai kasut boot itu hadir ke Minggu Fesyen New York dan mendapat perhatian paparazi. Turut menjadi bahan bualan netizen terutamanya di aplikasi Twitter, ahli gusti Seth Rollins tular kerana memakai kasut boot itu ketika di set WWE (Wrestling World Entertaiment).
Seth Rollins really curb stomped The Miz in the Big Red Boots 😂💥 @WWE pic.twitter.com/39ZhtyGH5J
— Nice Kicks (@nicekicks) February 14, 2023
Kasut boot ini mungkin akan hanya menjadi trend buat seketika, namun ia sedang hangat di pasaran kerana ramai yang ingin mencuba kasut luar biasa itu. #Bigredboots mendapat sehingga jutaan tontonan di aplikasi TikTok. Sama seperti revolusi Crocs, Big Red Boot memberi satu konsep fesyen yang ironis. Daripada kasut boot getah biasa, kini menjadi kasut boot yang diminati ramai! Konklusinya, adakah anda antara peminat kasut Big Red Boot ala Astro Boy ini?
How Comfortable are MSCHF Astro Boy Boots?😬 pic.twitter.com/3ytwhiJ96C
— Steve Natto (@SteveNatto) February 10, 2023
Pautan Berkaitan: Balenciaga Strikes Again Dengan Trend Kasut “Hodoh”