Tertarik Kepada Wanita Lain, Punca Liam Hemsworth Dan Miley Cyrus Berpisah? - Glam Malaysia

Tertarik Kepada Wanita Lain, Punca Liam Hemsworth Dan Miley Cyrus Berpisah?

Bintang pop sensasi lagi kontroversi, Miley Cyrus dan adik kepada pelakon Chris Hesmworth, pelakon Liam Hemsworth bersetuju untuk berpisah selepas hampir setahun (8 months to be exact) mendirikan rumah tangga, lapor majalah People.

Menurut sumber kepada majalah itu, khabar angin pasangan terbabit berpisah timbul sehari sebelum Cyrus berkongsi gambar tidak memakai cincin perkahwinannya di Instagram. Baru-baru ini, Cyrus yang berusia 26 tahun memberitahu majalah Elle dia kurang selesa digelar sebagai ‘isteri’ dan menganggap ia ‘mengelirukan’. Penyanyi itu menganggap dia kurang sesuai dengan peranan sebagai isteri dan lebih tertarik kepada wanita. Bagaimanapun baru-baru ini tersebar foto dimana Miley dilihat bercumbuan dengan bekas isteri Brody Jenner iaitu Kaitlynn Carter.

Tinggal kenangan….

Setakat ini, pihak pengurusan Cyrus belum mengesahkan perpisahan pasangan itu kepada AFP. Cyrus bertemu dengan Hemsworth, 29, pada 2009 ketika penggambaran drama romantis The Last Song dan mereka bertunang pada 2012, namun berpisah setahun kemudian. Pada 2016, pasangan itu bertunang semula dan berkahwin di majlis tertutup pada Disember tahun lalu. Apa-apa pun, all the best to them both!

Sumber: Harian Metro

See also
Oscars 2020: And The Winners Are...