Bekas Pengarah Kreatif Roberto Cavalli Menggayakan Beyoncé Pada Malam Grammy - Glam Malaysia

Bekas Pengarah Kreatif Roberto Cavalli Menggayakan Beyoncé Pada Malam Grammy

Selain daripada persembahannya yang menawan hati berjuta orang semasa Anugerah Grammy ke-59 semalam, orang ramai juga terpegun dengan pakaian penyanyi ikonik Beyoncé.

 

Penyanyi tersebut turut merangkul dua anugerah pada malam itu untuk album Lemonade dan dia juga turut menyampaikan ucapan yang menyentuh hati orang ramai.

 

Foto: Frank Micelotta/PictureGroup

Beyoncé yang tidak kelihatan semasa acara karpet merah mengejutkan orang ramai semasa persembahannya dengan kaftan keemasan see through yang memperlihatkan perutnya yang sarat dan rupanya pada malam itu disempurnakan dengan hiasan kepala yang membuatkan Beyoncé seperti seorang dewi.

 

Pereka fesyen yang bertanggungjawab menghasilkan gaya Beyoncé pada malam itu merupakan bekas pengarah kreatif Roberto Cavalli, Peter Dundas yang telah pun melancarkan jenamanya sendiri dan kaftan Beyoncé itu merupakan rekaan pertamanya untuk jenama itu.

 

Foto: Frank Micelotta/PictureGroup

Ini juga bukan kali pertama Peter dan Beyoncé bekerjasama kerana Peter juga pernah mereka pakaian kuning berlapis untuk video muzik Lemonade yang menjadi topik perbualan ramai, pereka itu juga mereka dua kostum untuk konsert jelajah Beyoncé, dan tidak lupa juga gaun yang dipakai oleh Beyoncé semasa Met Ball 2011.

See also
Claire Danes Tampil Bak Cinderella Dengan 'Light-Up Dress' Di MET Gala 2016!

 

Foto: Frank Micelotta/PictureGroup

“Beyoncé dan saya sudah lama bekerjasama. Saya rasa dia mahukan seseorang yang dia percayai dan boleh berhubung dengan baik, dan merasakan dress Lemonade itu merupakan titik permulaan kerjasama kami. Dia juga tahu yang saya akan bekerja sendiri dan dia juga suka menjadi orang pertama yang memakai koleksi saya. Kami juga sukakan warna kuning!” Peter memberitahu Vogue.

 
[envira-gallery id=”61969″]

Peter menggunakan khidmat seramai 50 orang untuk menyiapkan dress Beyoncé itu. Berkenaan dengan koleksinya pula, Peter belum lagi mengumumkan tarikh berkenaan pelancaran koleksi itu.