Beg Tote Ikonik The Strand Digubah Bottega Veneta - Glam Malaysia
the strand

Beg Tote Ikonik The Strand Digubah Bottega Veneta

Bottega Veneta meraikan beg tote ikonik daripada kedai buku lagenda The Strand di New York!

Dalam era digital sekarang, banyak kedai buku menerima tamparan paling hebat. Sudah banyak kedai buku sekitar kota sudah mula tutup. Tetapi yang kekal adalah kedai buku yang mempunyai status ikonik dan penting buat masyarakat setempat. Salah satunya adalah kedai buku The Strand yang terletak di New York. Lantas tidak mustahil ia menangkap perhatian Bottega Veneta dan melancarkan satu beg tote kulit bersama kedai bukit ikonik New York ini.

Usaha ini adalah momen penting buat Matthieu Blazy, selaku Pengarah Kreatif Bottega Veneta yang terbaru. Dia juga seorang pencinta buku dan cukup menghargai institusi ikonik, The Strand. Dia memilih The Strand sebagai projek kolaborasinya yang pertama. Lalu, terhimpunlah pilihan beg tote kulit dengan logo terpampang besar pada permukaannya.

Bersempena dengan pelancaran kolaborasi ini, Blazy menjemput kartunis daripada The New Yorker untuk menghasilkan karya kartun yang menggabungkan semangat New York. Serta satu majlis makan malam diadakan ketika Minggu Feysen New York di kedai buku ikonik yang terletak di Broadway. Antara yang hadir adalah Bella Hadid, Angus Cloud dan Chloe Sevigny.

See also
Warna Palet Fall/Winter 2023-2024 Jangkaan GLAM

Beg tote kulit The Strand ini mula terjual secara eksklusif di laman web Bottega Veneta pada 15 September.