Use your ← → (arrow) keys to browse
ANDIAMO (BOTTEGA VENETA)
Beg Andiamo kreasi Bottega Veneta pastinya membuat anda nyaman, dan dapat memuat banyak item keperluan. Terdapat ruang dalam yang memudahkan akses jika anda ingin mencari barang penting. Detail yang cemerlang dan penutup beg juga memberi perlindungan ekstra, jadi anda tidak perlu bimbang membawanya sebagai beg harian.
Diperkenalkan sewaktu koleksi musim panas 2023, Andiamo merupakan ekspresi baharu dari teknik intrecciato yang terkenal, yang direka oleh ketukangan pakar atelier Bottega Veneta di Itali.
Beg ini mudah dibawa dan dinamakan Andiamo sempena kemudahannya bergerak. Sifat elegan berpadu dengan aspek kefungsian yang cemerlang. Cadangan terbaik buat para wanita yang sering keluar mengembara.
30 MONTAIGNE AVENUE (DIOR)
Saat ini, wanita hanya mahukan beg tangan yang praktikal, namun tidak menepikan aspek stail. Maka itu, beg tangan Dior yang ini merupakan solusi terbaik untuk membeli beg baru. Tas berbentuk segi empat yang elegan lagi tegas, aspek fungsi yang hebat dan dapat dibawa bermacam cara.