Use your ← → (arrow) keys to browse
Foto dari Goznews.
Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna berkata, penghasilan produk sedemikian bukanlah satu kesalahan. Beliau tetap mempertahankan idea tersebut dan mengakui enggan melepaskan peluang untuk menghasilkan beg sampah paling mahal di dunia.
“Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk menghasilkan beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka dengan skandal fesyenkan?,” soalnya.
‘Beg sampah’ itu kini tular ekoran hantaran Instagram yang telah mendapat banyak reaksi daripada masyarakat bermula dengan ada yang kehairanan, marah dan ketawa.
“Hmm ini kurang ajar,” tulis seorang pengulas. Pengguna lain yang tidak terhibur dengan reka bentuk sampah itu memberi amaran agar orang ramai tidak tertipu dengan strategi pemasaran yang dilakukan Balenciaga.