Beg Ikonik CYBILL Dari AIGNER FW23

Beg Ikonik CYBILL , Terkini Dari Aigner Koleksi Musim Luruh 2023

Beg tangan cukup ikonik CYBILL daripada AIGNER kini tampil dalam reka bentuk terbaru istimewa buat koleksi musim luruh/sejuk 2023. 

CYBILL yang sebelum ini hadir dalam reka bentuk trapez, kini tampil dalam reka bentuk baharu yang lebih chic dan glamor. Reka bentuk beg yang lebih memanjang ini dilancarkan dalam rona baru iaitu “Element Orange”, “Cayenne Orange” , “Stardust Rose” disamping rona klasiknya “Black” juga “Ink”. Menerusi kempen terkini AIGNER untuk musim luruh/sejuk 2023 ini, anda dapat menyaksikan Elizaveta Porodina, jurugambar seni popular, merakam koleksi ini dengan komposisi pengcahayaan dan percikan warna yang menyerlah langsung mencipta estetika luar biasa.

CYBILL

Vivien Solari pula menyinari kempen ini sebagai wajah yang bertanggungjawab memperagakan beg ikonik bentuk baru CYBILL. Cukup berkuasa dengan setiap gerak-geri gayanya menerusi kempen yang dilakar penuh abstrak serta kelihatan menyerlah menyarung tona monokrom.”The 5th Element”, judul kempen yang menampilkan CYBILL Bag Stretch berona jingga ini. Apakah yang dimaksudkan dengan unsur kelima ini? Pada zahirnya, api, air, tanah dan angin merupakan empat unsur penting yang membentuk kehidupan. Manakala unsur kelima dikatakan lebih halus dan tidak ketara namun masih menghubungkan segala-galanya antara satu sama lain. Ia adalah intipati kehidupan dan memberi definisi keharmonian dan cinta. Inilah yang menjadi inspirasi utama buat koleksi Musim Luruh/Sejuk 2023 buat AIGNER. Ini kerana unsur kelima ini yang menyatukan perkaitan di antara masa lalu bersama warisan AIGNER masa kini.

See also
Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains

Buat yang belum mengetahui, ia adalah sebuah koleksi yang menyantuni identiti AIGNER, dicipta pada tahun 2012 oleh Pengarah Kreatif Christian Alexander Beck. Ia adalah diinspirasikan daripada CEO jenama ini sendiri iaitu Sibylle Schön di mana ia menyimbolkan sebagai wanita kuat dan memiliki gaya hebat, elegan serta mementingkan kualiti. Berbicara mengenai beg tangan CYBILL, jika terdahulu mereka telah melancarkan di dalam dua saiz berbeza iaitu XS dan S, kini ia kembali dengan CYBILL Bag Stretch.