Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM

Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Coach hadirkan koleksi beg berinspirasikan Tahun Lunar. Wajib punya! Serlahkan penampilan musim perayaan Lunar dengan lima beg tangan Coach dedikasi Tahun Lunar 2023. Berikut cadangan GLAM untuk anda meraih karater tampilan yang monumental.

COACH FIELD TOTE

Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM

Pilihan warna merah mengambil inspirasi dari warna sambutan perayaan Lunar. Merah yang menyengat dan menggoda ini menjadi daya penarik koleksi Coach sempena tahun baru. Beg tote yang berikut cukup bergaya, apalagi bergabung dengan faktor klasik dan elemen praktikal. Di kala hujan atau cerah, berjalan kaki atau di atas roda, beg ini mudah dibawa ke mana sahaja. Ruang dalam beg yang bersaiz medium, membolehkan pemilik menyimpan segala keperluan sepanjang menyambut tahun baru Lunar. Menyuntikkan semangat glamor dan berani, sesuai untuk lelaki dan wanita. 

CROSSBODY 24 BUNNY

GLAM suka corak pada beg silang Coach 24 Bunny ini. Lakaran arnab dalam gaya graffiti menambah keseronokkan pada aksesori kulit. Mempersembahkan gaya yang cool dan menarik juga moden pada perayaan tradisional ini. Pilihan warna monokrom tanpa menunjukkan status jenama secara terang-terangan dapat dihasilkan dengan padanan beg silang ini. Sempurnakan dengan item fesyen bersifat ‘rugged’ seperti riding boots, celana kulit dan kacamata bernuansa tahun ‘90-an. 

See also
GLAM MEI 2018

BEG BAHU COACH HERO

Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM

Gandingan warna merah dengan spektrum warna klasik selalu memikat dan ‘out-of-the-box’. Bayangkan sahaja kemeja hitam biasa terlihat menonjol begitu distingtif berpadanan aksesori kecil penuh detail bergaya maximalist nan cool seperti beg bagu Coach Hero ini. Menampilkan trend terkini dan klasik yang disuntik dengan unsur perayaan yang meriah, memberi inspirasi kepada kamu untuk meraikan gaya kamu sendiri pada tahun baru. 

Stail musim perayaan bertambah hangat dengan padanan aksesori bernuansa warna…