Beauty of Summer, Salvatore Ferragamo Bawakan ‘Hotel Splendid’ - Glam Malaysia
Beauty of Summer, Salvatore Ferragamo Bawakan ‘Hotel Splendid’

Beauty of Summer, Salvatore Ferragamo Bawakan ‘Hotel Splendid’

KEINDAHAN MUSIM PANAS DI ITALI MEMBENTUK KONSEP KEMPEN SALVATORE FERRAGAMO UNTUK KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2022. FILEM PENDEK YANG DITERBITKAN OLEH AMALIA ULMAN MENAMPILKAN PELAKON EMMYS, JHARELL JEROME, DI SAMPING MODEL-MODEL LAIN. 

 

It’s summer time. Tiada yang lebih menyeronokkan dari pergi bercuti saat tibanya musim panas. Maka itu, Salvatore Ferragamo bawakan pengalaman kembara di Itali melalui kempen musim bunga bertajuk ‘Hotel Splendid’. Filem pendek yang diterbitkan oleh pengarah, Amalia Ulman dan dibintangi pelakon pemenang anugerah Emmy, Jharell Jerome, di samping model-model lain. Konsep seni yang ditampilkan memberi gambaran sempurna musim panas, ternyata memesona dan tiada tandingan, melalui setiap syot yang ditampilkan. 

Imej visual pula ditangkap oleh Hugo Comte, penceritaan kempen ini membawa kita ke alam semesta Mediterranean-daya tarikan yang menunjukkan konsepsi visual cara kita berpakaian, menonjolkan rekaan baharu Ferragamo yang menterjemahkan perspektif elegan. 

Kembara Ferragamo di Itali bersifat lembut yang meraikan momen manis dan kebebasan yang seiring dengan seni bina Comte dalam visual. Garisan berpenjuru dan komposisi geometri meningkat warna dalam setiap syot, penuh dengan ketegangan dan punya daya tarik sensual. Imej yang terhasil kelihatan vintaj juga kontemporari, seakan konsep yang mengingatkan kita pada bintang-bintang filem dari era ‘60-an dan ‘70-an. Fokusnya pada aksesori Ferragamo, menunjukkan estetika Ferragamo. 

See also
Joe Flizzow Mengangkat Nama Malaysia di MTV EMA 2018

Sejumlah pakaian dan aksesori Ferragamo mengukuhkan lagi penceritaan kempen ‘Hotel Splendid’. Rekaan Vara dan Varina yang ikonik, terompah bohemian dengan gancu Gancini, dan sepatu moccasin Tramezza untuk lelaki, dicipta semula untuk generasi baharu. Deretan pakaian ready-to wear dicirikan oleh warna-warna terang merangkumi helaian kait dan jersi yang meningkatkan rasa bebas kala bergaya, bernada klasik namun tetap menarik perhatian mata. 

Perihal beg pula, beg Studio Ferragamo dan Trifolio, rangkaian baharu membuat debut pertamanya, beg bucket ultra lembut dalam variasi warna yang menonjol. Memberi opsyen gaya yang beragam. 

Artikel berkaitan: Mimpi Bersama Gucci Love Parade