Beat Bag Coach Sambaran Kami Sekarang! - Glam Malaysia
beat bag

Beat Bag Coach Sambaran Kami Sekarang!

Coach menawarkan koleksi Beat bag yang baru yang melengkapi stail gaya wanita dalam apa juga mood yang ada! Bayangkan kesibukkan kota yang tak tidur, beg inilah yang perlu dijinjit oleh penghuni kota. Beg baru Coach ini bagaikan memberi kuasa sinergi yang lebih mantap, sehangat kota New York.

Kiko Mizuhara membintangi kempen Coach Holiday 2020 dengan seri beg Beat terbaru di Coach

Stuart Vevers mahukan beg yang praktikal di Coach. Makanyta, dia tawarkan rekaan beg Beat yang mempunyai tiga tali berbeza. Nah! senang terus untuk gayakan beg ini dengan apa juga keadaan dan situasi. Boleh silang dibadan, letak di bahu atau sekadar menjinjitnya keliling kota.

BEAT BAG
Beg Beat Coach

Gaya versatil yang ditaruhkan oleh Vevers dan Coach dalam Beat bag ini juga datangnya daripada idea vintaj 80-an dan dimadu bersama apa yang wanita sekarang mahukan. Gabungan pelbagai material seperti kulit mewah, kanvas klasik dan kain velvet menambah kemewahan pada beg kompak baru Coach.

Menjenguk ruangan dalaman beg pula dibahagi kepada tiga ruang untuk memberi kebebasan wanita mengisi lebih barang keperluan harian. Penutup bag ini pula lengkap dengan Gancu Coach klasik.

Beg Beat Coach

Koleksi Beat ini hadir dalam motif klasik Coach seperti Horse and Carriage, ada yang dihiasi dengan perincian pin vintaj juga gambaran kota New York yang menjadi semangat utama Coach. Koleksi Beat ilham Coach ini adalah taruhan untuk musim parti hujung tahun dengan mana banyak personaliti antarabangsa dipilih membintangi kempen Caoch Holiday 2020.

See also
Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

Baca Lanjut: Koleksi Coach Holiday 2020 Bercanda Dengan Rexy