Use your ← → (arrow) keys to browse
Khabar duka itu diumumkan oleh ahli keluarga di akaun Instagram miliknya sebelum Louis Vuitton mengeluarkan satu kenyataan di akaun rasmi rumah fesyen itu.
“Kami amat terkejut dengan berita ini. Virgil bukan sahaja seorang pereka yang berbakat dan berwawasan, malah seorang lelaki yang berjiwa besar dan mempunyai kebijaksanaan yang tinggi.
“Saya dan keluarga LVMH meratapi pemergian ini dan turut berduka bersama insan-insan penting dalam hidup Virgil yang kehilangan seorang suami, bapa, abang, anak lelaki dan rakan yang baik,” ujar ketua pegawai eksekutif, Bernard Arnault.