Use your ← → (arrow) keys to browse
Berita kematian Virgil Abloh yang tersebar semalam membuatkan seluruh industri fesyen dunia berduka.
Virgil Abloh, pengasas jenama Off-White yang juga pengarah artistik koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton menghembuskan nafas terakhir pada 28 November akibat kanser.
Pereka tersohor berusia 41 tahun itu telah dua tahun bertarung dengan angiosarkoma kardium, sejenis kanser agresif yang jarang berlaku akibat ketumbuhan di dalam jantung.