Aksesori "Bag Charms" Menjadi Trend Fesyen Terkini
Bag Charm Menjadi Trend Terkini Di Asia

Aksesori “Bag Charms” Menjadi Trend Fesyen Terkini

“Bag charms” menjadi salah satu aksesori kegemaran peminat fesyen yang terkini, lebih-lebih lagi buat peminat tas tangan.

Trend maximalist telah menjadi salah satu trend hangat dalam dunia fesyen tahun ini. Pengayaan tas tangan tidak ketinggalan dalam menyertai trend ini. Bag charms datang daripada pelbagai jenis gaya, ia boleh jadi dalam bentuk plushie yang membawa elemen playful ke permata atau rantai yang menyuntik elemen kemewahan dalam hiasan tas tangan. Salah satu sebab mengapa item ini menjadi trend ialah kerana ia mencerminkan karakter peribadi yang diberikan oleh hiasan itu. Personaliti seseorang boleh dilihat dari segi dan gaya si pemakai menghias tas tangannya.

bag charm

bag charm

Antara selebriti di Asia yang hop on the trend adalah Jisoo dari Blackpink dan Yunjin dari Le Sserafim. Jisoo pernah kelihatan bergaya bersama bag charms berbentuk arnab daripada jenama Jellycat. Manakala Yunjin pula seringkali dilihat sering menjinjit tas tangan daripada jenama Korea Selatan, Stand Oil, ini juga gemar menghias tas tangannya dengan riben, rantai kunci juga plushie yang amat comel. Selebriti barat seperti Anne Hathaway dan Dua Lipa juga tidak ketinggalan dilihat menggayakan trend fun ini. 

Trend Bermula Daripada Ikon Fesyen, Jane Birkin

Trend ini sebenarnya diinspirasikan daripada ikon fesyen, Jane Birkin, yang terkenal dengan gaya hiasan tasnya yang messy dengan pelbagai aksesori. Jane Birkin sering dilihat menghias tas tangan Hermès nya dengan twilly, rantai kunci dan manik-manik menjadikan satu ciptaan gaya cukup ikonik. Cara Jane menggunakan tas tangannya amat stylish sehingga Hermès mendedikasikan tas mereka, Birkin, sempena nama ikon fesyen ini. 

jane birkin

Pengaruh daripada media sosial seperti Instagram dan TikTok yang menunjukkan selebriti dan pempengaruh yang menyertai trend ini juga menjadikan salah satu sebab mengapa bag charms ini menjadi lebih popular. Pempengaruh dari Singapura, Chloe Cliem, menghias tas tangan Hermès Kelly berona jingganya dengan gelang Van Cleef, rantai bermanik dan klip rambut berona biru langsung memberi aura musim panas. Tidak ketinggalan pempengaruh digital popular di Malaysia, Daisy Gorgeous, juga kelihatan menghias tas tangannya dengan photocard dan rantai kunci dari karakter Sanrio.

@daiseygorgeous

Its so cute 🥹😭😭🎀😫 #bagcharm

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Jenama Fesyen Hadir Dengan Aksesori “Bag Charms” Tersendiri

Jenama-jenama seperti Coach,Vivienne Westwood juga Cartier mengeluarkan aksesori bag charms mereka sendiri untuk dihiasi bersama tas tangan sedia ada. Salah satu yang popular dari jenama Coach adalah aksesori Cherry Bag Charm mereka yang berona merah gelap.  Rekaan dari Vivienne Westwood juga menarik dengan pelbagai rona dan rekaan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tas tangan. Cartier juga keluar dengan pelbagai rekaan yang sepadan dengan jenama mereka yang ringkas namun masih kelihatan mewah. 

bag charm

Tas Tangan Lana Dan Cherry Bag Charm Dari Coach

bag charm

Mirror Heart Orb Bag Charm Dari Vivienne Westwood

Gambar dari: Pinterest, Coach dan Vivienne Westwood