Amelia Henderson Is In Control

Amelia Henderson Is In Control

 BERTATIH DI DALAM DUNIA SENI SEJAK BAYI, MEMBUATKAN AMELIA HENDERSON BIJAK MENYUSUN STRATEGI PERJALANAN KARIERNYA, WALAUPUN KADANG-KALA BERLIKU, SHE IS ALWAYS IN CONTROL.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarang seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM
gambar Nelson Chong solekan KHIR KHALID dandanan CKAY LIOW teks IZZATI SAADIN busana & aksesori FENDI

Amelia tiba di studio dengan cukup energetik walaupun sesi penggambaran ini jatuh pada hari liburan iaitu hari Ahad. “This is the only day that I’m free, dan saya betul-betul mahu lakukan shoot ini,” jelas Amelia agak serba salah kerana perlu bekerja di hujung minggu.  Bagaimana ceria dan terujanya dia ketika waktu pertama kali saya menemu bual dia 10 tahun yang lepas, begitulah Amelia sekarang ini.

So cheerful tapi pada masa yang sama boleh merasakan vibe yang lebih matang daripada wanita kacukan India dan Scotland ini. “What is your secret to success?” Soalan pertama saya untuk Amelia Henderson ekoran kerjayanya sekarang yang semakin membuahkan hasil. “Saya tidak pasti sekiranya saya mempunyai ‘secret recipe’ untuk berjaya, tapi mostly saya boleh katakan dalam setiap usaha mesti mempunyai ‘luck’ maka barulah ia menjadi. Jangan pernah berputus asa, berkerja keras dan sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan dan yang paling penting stay humble. Itu yang paling hampir saya boleh jelaskan rahsia kejayaan saya. Ia penting bagi saya terutamanya jika saya ingin kekal lama dan relevan di dalam industri ini.”

AMELIA HENDERSON

“Adakah you consider yourself lucky?” “Yes, I can consider myself lucky tapi bukanlah bertuah seperti yang kita duduk kosong, then rezeki datang bergolek. Saya boleh katakan saya bertuah kerana bermula karier sangat awal, jadi saya sudah struggle terdahulu, nak dibandingkan kalau saya baru nak bermula sekarang sudah tentu saya perlu lebih berusaha keras, jadi usaha dulu dan luck will come along” ujar Amelia Henderson.

Agak mustahil untuk tidak mengenali siapa Amelia Henderson, jika tidak kenal nama pun, wajahnya cukup familiar. Terutamanya untuk generasi sekarang, sememangnya membesar melihat wanita ini membesar di kaca TV. Wajahnya sering menghiasi komersial-komersial hebat.

“Jadi bagaimana you rasa membesar in the spotlight?” “Saya sentiasa melihatnya dari sudut yang positif, mungkin ada masa saya berasa tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang sepatutnya saya nikmati seperti kanak-kanak lain. Tapi apabila saya makin membesar, saya melihat ia sebagai satu kelebihan, di mana saya bertapak awal di dalam industri ini jadi lebih banyak yang saya dapat belajar dan ia sangat banyak membantu saya to be where I am now. Of course it was challenging, untuk saya bekerja pada usia yang sangat muda, ada kalanya saya tidak faham dalam apa yang dilakukan, tapi ia satu peluang yang cukup besar untuk saya berkembang dalam industri.

Baca Lanjut dalam GLAM September 2023

Artikel Berkaitan: Ini Era Sharifah Rose