Altuzarra Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada NYFW - Glam Malaysia

Altuzarra Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada NYFW

Altuzarra bakal mengembangkan sayap mereka ke Paris untuk koleksi berikutnya (Srping 2018) sekaligus meninggalkan Minggu Fesyen New York seperti Rodarte dan Proenza Schouler yang membuat debut mereka semas aminggu adi busana Paris baru-baru ini.

 

Joseph Altuzarra

Joseph Altuzarra yang dilahir dan dibesarkan di Paris telah memulakan jenama eponimnya di New York sejak tahun 2008 lagi dan dia akhirnya bakal pulang ke tempat asalnya untuk mempamerkan bakatnya di sana pula.

 

“Kota ini (Paris) mempunyai makna yang mendalam buat saya,” terang Altuzarra sendiri.

 

“Ia adalah keputusan peribadi dan juga profesional. Saya merasakan diri saya sebagai Perancis, saya orang Perancis. Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat pertunjukan fesyen di Paris,” sambungnya lagi kepada BoF.

 

Altuzarra telah pun didekati oleh La Fédération de la Haute Couture et de la Mode untuk mengadakan pertunjukan koleksinya di Paris dan kali ini dia tidak perlu berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut.

See also
5 Nepo Baby Yang Mewarisi Bakat Ibu Bapa Berstatus Model

 

Paris sebagai kota global memainkan peranan dalam membantu Altuzarra untuk mengembangkan perniagaan mereka yang sudah mula mendapat perhatian di Eropah.

 

Pemindahan Altuzarra ke Paris memberikan impak yang agak besar kepada jadual Minggu Fesyen New York dengan beberapa nama besar yang berbuat demikian manakala ada juga yang terus lari daripada jadual Minggu Fesyen dengan pertunjukan di lokasi yang berbeza.