Aksesori Keanak-Anakan Kini Jadi Kegilaan? Gaya Nostalgia Yang Trending
Bukan hanya sekadar gaya ia juga merayakan jiwa muda kita yang tak pernah pudar. Aksesori fesyen kembali ke masa penuh keceriaan.
Untuk musim bunga 2025, trend telah berubah pereka kini mengangkat aksesori ala kanak-kanak dari beg kitschy hingga kasut comel dan barang kemas yang ceria. Kombinasi pakaian yang tepat memberikan rupa yang matang dan kemas, fesyen sentiasa mempunyai kuasa untuk mengubah penampilan. Walaupun item-item yang ceria ini hadir dengan tanda harga yang tinggi, dunia fesyen kini sepenuhnya memeluk gaya ala childlike, mengajak pembeli menambah sentuhan keseronokan pada pakaian untuk menjadi lebih elegan.
Seperti mana jenama Coach, model membawa beg tangan kulit besar berbentuk hati atau teddy bear, dengan beberapa beg yang dihiasi cute stickers. Klip rambut bertatahkan permata berkilauan di bawah cahaya pentas Simone Rocha, manakala kasut sukan bertatahkan rhinestone di Chopova Lowena yang dipadankan dengan stoking neon bercorak grafik seumpama mengingatkan suasana bermain di taman sekolah. Louis Vuitton juga turut menambah rasa item nya seperti permata besar berwarna-warni pada beg tangan kulit monogram mereka yang cukup esuai untuk acara minum petang, sementara Valentino memperkenalkan beg minaudière berbentuk kucing yang pasti menggembirakan kanak-kanak kecil.
Trend Aksesori yang Menyentuh Jiwa Dewasa
Valentino
Coach
Balmain
Louis Vuitton
Versace
Fesyen mewah sentiasa berfungsi sebagai bentuk eskapisme, membuatkan kita bermimpi, memberi kegembiraan, malah menarik perhatian konsumer dan kita semua memerlukan sedikit spice dalam wardrobe. Adakah pereka mengajak kita menggunakan aksesori ala kanak-kanak mereka sebagai sejenis pertahanan terhadap kegelapan? Contohnya seperti Jonathan Anderson yang terkenal dengan mereka clutch dalam banyak bentuk yang menyeronokkan dengan bentuk haiwan seperti katak, landak, puffin, penguin, burung merpati, dan banyak lagi. Dalam satu cara, tidak pernah ada masa yang lebih baik untuk beg berbentuk mainan atau kasut berwarna terang, apa saja yang boleh meredakan ketegangan dan mengundang sedikit keriangan.
JW Anderson
Fendi
Simone Rocha
Chopova Lowena
Gaya quirky adalah timeless! Koleksi aksesori comel ini hadir semata-mata untuk mengingatkan kita agar tidak terlalu serius tentang fesyen. Walau apa jua perspektifnya, kita sedang menuju ke arah gaya yang penuh dengan elemen fantasi pada musim bunga ini. Sebagai tambahan, satu kelebihan untuk para ibu bapa buat pertama kalinya, anda mungkin boleh mencuba mengambil inspirasi daripada almari pakaian anak-anak anda.