A-Listers In White! Most GLAM 2019 Meraikan The Great Big Alumni!
Epidemi majalah GLAM dalam mengangkat martabat wanita anggun, bergaya, berkaliber dan istimewa dalam cara tersendiri diraikan dalam satu majlis makan malam berhidang yang berlangsung meriah, santai dan gamat, bertempat di Sapphire Ballroom, Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur semalam. Kehadiran setiap A-listers merangkumi 20 barisan wanita yang diraikan iaitu Most GLAM 2019 diikuti dengan dif-dif kehormat, VVIP, para selebriti, personaliti, model, influencers, klien, pereka fesyen, rakan majalah hadir anggun dan jelita di samping menyerlahkan sisi fashionista dan individualistik masing-masing mengikut tema iaitu 'White Fantasy Couture' sekaligus meraikan seni avant garde menerusi injeksi fesyen dan stail.
Seawal jam 6 petang lagi, sudah kelihatan para jemputan mula membanjiri foyer di luar ballroom, sambil bermesra dan berkenalan sesama mereka menggamatkan suasana apatah lagi foyer dihiasi dengan dekorasi istimewa serta dinding bergambar yang disediakan khas oleh YSA Events. Turut tersergam indah adalah jentera Mercedes selaku rakan penaja kereta rasmi meletakkan model anggun A35 Polar White di foyer (S 560 E Cavansite Blue di dalam ballroom), bersebelahan dengan sudut YSL dimana rakan penaja kecantikan rasmi untuk malam itu. Turut menyerikan suasana foyer adalah sudut booth kamera istimewa oleh Hublot sebagai rakan penaja jam tangan di mana beberapa utas jam tangan Hublot turut dipamer indah untuk tatapan tetamu yang hadir.
Sekitar jam 8.00 malam, semua jemputan kemudiannya dijemput masuk oleh hos pada malam itu iaitu Adrian Seet mengalu-alukan semuanya untuk mengambil tempat masing-masing dan tidak lama kemudian video fesyen 20 Most GLAM dimainkan buat tatapan semua. Seri dan persona majlis pada malam itu dimulakan dengan gerak tari mengasyikkan iaitu Aeriel Dance oleh Charmaine Lim memukau semua hadirin yang datang. Seterusnya, Adrian menjemput the-one-and-only, Ketua Pengarang majalah GLAM, Suzie Adnan ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata, mengalu-alukan semua ke keraian malam itu.
Sebaik saja tamat ucapan dari Suzie Adnan, makan malam pun dihidangkan bermula dengan pembuka selera. Kala semua jemputan menjamu hidangan, suasana malam itu diceriakan dengan persembahan oleh Russel Curtis dengan alunan medley 6 lagu seterusnya video belakang tabir pengambaran muka hadapan Most GLAM diputarkan. Majlis diteruskan dengan acara utama iaitu sesi pengiktirafan kesemua wanita-wanita Most GLAM untuk tahun ini, dimulakan dengan kumpulan pertama, merangkumi Chrystal Tan, Datin Nina Ismail Sabri, Datuk Syafinaz, Elyna Effendi, Izara Aishah, Nora Danish, Raja Jesrina Arshad dan Sarah Shahdan dimana Suzie Adnan kembali ke atas pentas memberikan jambangan bunga istimewa dari 50Gram.
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sambungan nyayian 11 lagu medley oleh Russel, dan kala inilah dapat disaksikan semua jemputan kelihatan ralit berhibur dan sakan bersuka ria, sambil bergambar dan bermesra, di samping selingan video YSL serta video-video temubual bersama semua wanita Most GLAM dimainkan di belakang. Suzie Adnan sekali lagi diminta ke atas pentas bagi mengiktiraf kumpulan kedua Most GLAM 2019 membariskan Shir Chong, Tuti Noor, Ung Yiu Lin, Vanidah Imran, Yaya Zahir, YM Puteri Afzan Shakira, Zahirah Macwilson dan Ziana Zain. Hos turut mengumumkan empat lagi wanita Most GLAM yang malangnya tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan iaitu Daiyan Trisha, Dayang Nurfaizah, Joanne Yew dan Kavita Sidhu.
Malam itu diteruskan pula dengan satu acara istimewa, iaitu pemilihan untuk busana terbaik pada malam itu. Beberapa nama telah disenarai pendekkan namun yang paling anggun dan GLAM pada malam itu adalah Datuk Syafinaz Selamat yang melayakkan dirinya memenangi hadiah bernilai RM25,300 yang berupa kad hadiah bernilai RM5k dari Melium, sepatu tumit tinggi Manolo bernilai RM7k, anting-anting Tiffany & Co. bernilai RM13k serta wangian YSL Beaute bernilai RM300. Datuk Syafinaz Selamat menyarung busana ciptaan istimewa lagi ekslusif dari Rizman Ruzaini.
Sejurus selepas itu, semua wanita-wanita anggun yang diraikan termasuklah alumni-alumni Most GLAM tahun-tahun yang lepas diminta ke atas pentas bagi mengambil gambar bersama-sama. Ternyata momen ini cukup bernilai menyaksikan sekumpulan wanita-wanita hebat berkongsi pentas meraikan kuasa dan pengaruh wanita dalam industri masing-masing nyata mengujakan! Well done girls!
Majlis makan malam diteruskan lagi dengan hidangan pencuci mulut dan seterusnya tamat sekitar pukul 11 malam. Ternyata malam keraikan meraikan wanita-wanita hebat menerusi Most GLAM ini cukup bererti terutama sekali dari kami sidang redaksi majalah GLAM. Thanks to all the ladies for being part of this journey. Tidak lupa juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung meraikan majlis semalam. Jutaan penghargaan juga kami titipkan buat semua rakan rakan penaja rasmi Most GLAM semalam iaitu Mercedes, Hublot, YSL, Mandarin Oriental Hotel, YSA Events, 50 Gram, Tiffany & Co, Melium Group dan Manalo. Till we meet again next year!
*Sementara itu, jom saksikan galeri gambar-gambar acara Most GLAM yang berlangsung semalam.