9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky - Page 9 of 9 - Glam Malaysia
9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

Penampilan Rihanna dan ASAP Rocky di Met Gala 2023 awal bulan lalu mencuri perhatian dunia.

Seperti kebiasaan, pasangan itu tampil dalam persalinan mewah dan bergaya, sekali gus menarik perhatian lensa kamera yang tidak henti merakam foto mereka. Bagaimanapun Rihanna dan teman lelakinya bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah, tetapi juga stail jalanan mereka.

Glam kongsikan beberapa penampilan terbaik Rihanna dan ASAP Rocky sebagai pasangan kekasih.

9 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Janji Temu Di New York City, Mei 2023

Sukar untuk tampak elok menggayakan cermin mata hitam pada waktu malam, tetapi pasangan ini membuatkannya kelihatan mudah. Semasa keluar menikmati malam di restoran Cipriani di New York City baru-baru ini, mereka memilih untuk tampil berbeza dengan menggayakan cermin mata. Rihanna menyarungkan skirt kulit, baju polo, jaket labuh dan kasut tumit tinggi manakala teman teman lelakinya menggayakan jaket kulit, kemeja putih, celana pendek dan kasut berstokin.

Foto: GC Images

 

Foto: Getty Images

Baca: 7 Gaya Berpasangan Terbaik Keanu Reeves & Alexandra Grant