9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky - Page 3 of 9 - Glam Malaysia
9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky

Penampilan Rihanna dan ASAP Rocky di Met Gala 2023 awal bulan lalu mencuri perhatian dunia.

Seperti kebiasaan, pasangan itu tampil dalam persalinan mewah dan bergaya, sekali gus menarik perhatian lensa kamera yang tidak henti merakam foto mereka. Bagaimanapun Rihanna dan teman lelakinya bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah, tetapi juga stail jalanan mereka.

Glam kongsikan beberapa penampilan terbaik Rihanna dan ASAP Rocky sebagai pasangan kekasih.

3 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Met Gala, September 2021

Acara Met Gala 2021 menandakan penampilan pertama mereka sebagai pasangan kekasih. Pada acara itu, ASAP Rocky bekerjasama dengan pereka Eli Russel Linnetz yang menggunakan semula selimut vintaj rona pelangi untuk memberi fokus pada penampilannya. Pelantun Umbrella itu turut memilih persalinan bersaiz besar seperti teman lelakinya. Dia menggayakan kot couture Balenciaga rona hitam rekaan pengarah kreatif jenama itu, Demna Gvasalia.

Rihanna dan ASAP Rocky

Foto: Getty Images