8 Inspirasi Gaya Pengantin Di Karpet Merah Majlis Anugerah - Glam Malaysia
8 Inspirasi Gaya Pengantin Di Karpet Merah Majlis Anugerah

8 Inspirasi Gaya Pengantin Di Karpet Merah Majlis Anugerah

Trend fesyen pengantin kekal relevan di acara berprestij tahun ini, dan ia terbukti di karpet merah Golden Globes 2024.

Beberapa selebriti popular memilih untuk menggayakan persalinan ala pengantin pada majlis anugerah yang berlangsung di Beverly Hills, Los Angeles pada 8 Januari lalu. Sekali gus memberi inspirasi kepada bakal raja dan ratu sehari yang akan menaiki pelamin tahun ini.

Lihat beberapa gaya ilham pengantin terbaik pilihan Glam

 

Jonathan Bailey membuktikan fesyen pengantin tidak terhad kepada wanita sahaja. Dia muncul di karpet merah Golden Globes dalam sut Givenchy serba putih bersama sepatu hitam berkilat.

 

Elizabeth Olsen tampil anggun dalam gaun renda daripada koleksi pengantin 2023 Vivienne Westwood. Penampilannya diserikan dengan sepatu Jimmy Choo, anting-anting berlian potongan pear Reza dan bibir merah klasik.

fesyen pengantin

 

Bukan sebarangan busana pengantin, Rosamund Pike hadir di karpet merah dalam gaun renda rona hitam Christian Dior bersama vel sedondon.

fesyen pengantin

 

Ali Wong menggayakan gaun Dior rona putih, sesuai sekali untuk majlis perkahwinan di Greece. Gayanya disempurnakan dengan cermin mata sedondon dan barang kemas Swarovski.

See also
10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia

fesyen pengantin

 

Gaun pastel-pink Prada yang digayakan Hunter Schafer sempurna untuk pengantin dengan cita rasa moden. Ia dihasilkan menggunakan fabrik  gazar sutera dan voile teknikal. Solekan ringkas dan sepatu merah jambu pastel menyerikan lagi penampilannya.

fesyen pengantin

 

Gillian Anderson memilih gaya pengantin klasik di karpet merah Golden Globes 2024. Dia menggayakan gaun tanpa lengan Gabriela Hearst yang menampilkan motif sulaman unik.

 

Greta Lee membawakan ‘old Hollywood glamor’ di karpet merah dengan menyarung gaun Loewe yang mendedahkan belakang tubuhnya.

 

Elle Fanning memilih gaun vintaj rona champagne daripada koleksi arkib Balmain yang direka pada tahun 1960. Sentuhan barang kemas perak Cartier menyerlahkan lagi keanggunannya.

 

Foto: Getty Images

Baca: 10 Gaun Pengantin Ikonik Sepanjang Zaman