7 Penampilan Terbaik Selebriti Di Critics Choice Awards 2025
Berlangsungnya Critics Choice Awards 2025 baru-baru ini dengan kehadiran himpunan A-listed selebriti yang tampil mempersonakan di acara karpet merah, lantas mencuri perhatian di serata media sosial. Dari Nicole Kidman yang hadir berbusana ‘feminin maskulin’ sehingga lah ke Margaret Qualley yang tampil anggun memadukan busana Chanel, GLAM kongsikan deretan gaya selebriti di Critics Choice Awards untuk tahun ini!
Acara tahunan Critics Choice Awards yang ke-30 telah berlangsung dengan meriah di Barker Hangar terletak di Lapangan Terbang Santa Monica, California. Majlis berprestij Hollywood yang cukup glamor ini memberikan penghormatan buat persembahan terbaik dalam filem dan televisyen dari tahun lalu. Pada asalnya yang dijadualkan pada Januari, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana kebakaran hutan di Los Angeles. Walau bagaimanapun, acara ini tetap menjadi antara salah satu perayaan yang paling dinanti-nantikan ketika musim penganugerahan.
Kehadiran deretan selebriti yang datang menghiasi permaidani merah ternyata menjadi sorotan. Barisan bintang besar Hollywood termasuk Demi Moore, Angelina Jolie, Nicole Kidman, Margaret Qualley dan ramai lagi tampil di dalam persalinan masing-masing yang nyata menarik daya tumpuan. Ia bukan sahaja sekadar malam yang meraikan, namun menjadi malam buat detik fesyen yang menonjol bagi selebriti-selebriti A-listed ini!
Gaya Selebriti Di Acara Karpet Merah Critics Choice Awards 2025
1. Nicole Kidman
Bintang popular Nicole Kidman tampil memukau di dalam persalinan sut Saint Laurent, mengetengahkan esen feminin maskulin ketika di malam Critic Choice Awards.
2. Demi Moore
Aktres Demi Moore hadir berbusana dari koleksi Schiaparelli Musim Luruh 2024, dengan perincian cutout dress menjadi elemen utama.
3. Margaret Qualley
Margaret Qualley semestinya menyarungkan busana dari Chanel yang nyata mempersonakan ketika di acara karpet merah.
4. Angelina Jolie
Pelakon filem Maria, Angelina Jolie memadukan busana Elie Saab dengan butiran ‘full lace’ yang minimalis namun elegan dan klasik.
5. Ariana Grande
Bintang “Wicked” atau lebih dikenali dengan Ariana Grande memadukan gaun Dior Couture di dalam rona mocha mousse yang menjadi trend warna hangat untuk tahun ini.
6. Colman Domingo
Coleman Domingo menjadi antara selebriti lelaki yang mencuri tumpuan di malam Critics Choice Awards 2025, hadir di dalam persalinan oleh Boss.
7. Michelle Yeoh
Aktres Michelle Yeoh menggayakan busana daripada Balenciaga couture yang tampil berani dan kontemporari.
Artikel Berkaitan: 20 Anggun & Segak Di Critics Choice Awards 2024