6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari - Glam Malaysia
6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari

6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari

Bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari telah berkongsi momen perkahwinannya di media sosial. Ramai kenalan rapat dan rakan selebriti Bunga hadir memeriahkan majlis gemilang itu. Yang diadakan di Bali, Indonesia. Siapakah enam tetamu yang mencuri tumpuan GLAM?

YUNA

GLAM mengagumi penampilan Yuna berkebaya tradisional Indonesia sewaktu menjadi pengapit untuk acara nikah. Yuna tampak saling berkoordinasi dengan pengapit yang lain, lantas bersatu secara dinamis dan rapi. Busana pertama Yuna pada hari itu, rekaan Fadlan Indonesia, terdiri dari kebaya renda rona lembut dan kain batik jawa yang serasi, yang dilengkapi dengan dengan kerongsang yang agam. Solekan Yuna tampak elegan dan minimal, menyerlahkan kematangannya dalam perihal gaya. Untuk majlis after-party, Yuna memilih rekaan lokal, Hatta Dolmat dan khabarnya sempat membuat persembahan istimewa pada majlis after party itu. 

AISHAH SINCLAIR

Aishah Sinclair turut hadir dan kelihatan anggun lagi elegan sepanjang berada di acara pernikahan Bunga. Kebaya yang sama dipakai Yuna kerana mereka berdua juga antara kumpulan pengapit Bunga. Aishah bersama pengapit yang lain menginterpretasikan “modern traditional” atau kemewahan yang nyaman.  Aishah terlihat terkoordinasi dengan yang lain. Rambut di dandan sanggul dan hanya aksesori kecil dan kerongsang yang menambah glamor pada gayanya. We love it.

NOAH

Anak lelaki Bunga, Noah Aidan Sinclair merupakan tumpuan utama pada sepanjang majlis perkahwinan ibunya. Noah tampak segak dan menawan menggayakan pakaian tradisional, yang mana mengenakan beskap beige dengan kain batik berwarna coklat. 

VIDI ALDIANO

Kita semua tahu yang Vidi Aldiano merupakan antara kawan baik Bunga. Persahabatan mereka telah lama terjalin dan keakraban mereka telah dianggap sebagai keluarga sendiri. Vidi juga hadir pada majlis perkahwinan Bunga, dan dia turut sama bergaya tradisional seperti teman-teman lelaki yang lain. Busana tradisional tersebut merangkul kebersahajaan dengan sentuhan minimalis serta palet yang menenangkan. 

REZA RAHADIAN

 

We love Reza Rahadian. Pelakon berbakat besar ini, sempat meluangkan masa dengan menghadiri majlis pernikahan kawan baiknya. Reza memilih busana tradisional lelaki jawa dalam palet neutral. Dia juga menyuguhkan kain batik tradisional Indonesia yang berhasil menyentak sekaligus melengkapi busana. Antara tetamu yang bergaya di majlis perkahwinan Bunga. 

CHELSEA ISLAN

Chelsea Islan merupakan pelakon popular dari Indonesia. Dan juga rakan selebriti yang rapat dengan Bunga. Hadir bersama suaminya, Chelsea memilih kebaya tradisional Indonesia yang kaya seni, namun minimal dan ringkas dari sudut pandang luar. Nyata memberikan kesan elegan dan memesona. 

Artikel berkaitan: Top 3 Wanita Bergaya ‘LUXE’ Terbaik Minggu Ini