Helaian koleksi raya oleh Syomirizwa Gupta buat Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 adalah berpaksikan dunia Nusantara Malaya lama yang dibawa ke zaman moden. “Almari Tok” menjadi pilihan hati pereka jenama ini sebagai tanda kasih dan sayang terhadap neneknya. Koleksi raya ini memberikan elemen yang sangat klasik, feminin dan anggun. Jika menginginkan look gadis melayu pada syawal kali ini, koleksi raya Syomirizwa Gupta adalah jawapannya.